Muhammad Asraf Ahmad (2007) Pengaplikasian geometri dalam merekabentuk corak jubin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000743.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji terdapatnya aplikasi yang berunsurkan matematik dalam merekabentuk corak jubin. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji penggunaan alat bantuan mengajar iaitu kalkulator grafik dan komputer dalam merekabentuk corak jubin, serta seterusnya untuk mengkaji terdapatnya pergerakan-pergerakan geometri pada corak jubin. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu corak geometri adalah penjelmaan geometri, simetri, dan permozekan. Empat jenis pergerakan penjelmaan geometri dalam 2-D iaitu pantulan, putaran, translasi, dan luncuran pantulan telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini juga melibatkan penggunaan persamaan koordinat berkutub dalam menghasilkan sesuatu corak geometri. Alat bantuan belajar iaitu kalkulator grafik TI-92 Plus dan komputer telah dignnakan di dalam kajian. Hasil kajian mendapati bahawa corak-corak geometri yang terhasil jelas menunjukkan terdapatnya pengaplikasian matematik dalam merekabentuk corak jubin berdasarkan penggunaan persamaan matematik seperti persamaan koordinat berkutub dan pergerakan-pergerakan geometri dalam kajian ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Tile patterns, Application design, Pattern, Geometric patterns, Design tile patterns |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 05 Sep 2012 10:25 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 17:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4795 |
Actions (login required)
View Item |