Kajian fitokimia dan aktiviti antimikrob oleh minyak pati Morinda citrifolia ke atas mikrob penyebab penyakit pada sistem pencernaan

Mohd Nurhadi Hamsar (2007) Kajian fitokimia dan aktiviti antimikrob oleh minyak pati Morinda citrifolia ke atas mikrob penyebab penyakit pada sistem pencernaan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000749.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji potensi minyak pati Morinda citrifolia dalam menentukan aktiviti antimikrobial pada kepekatan yang berlainan terhadap lima spesies bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Salmonella typhi, Salmonella sp., Shigella spp., dan Escherichia coli menggunakan kaedah Kirby-Bauer. Minyak pati daripada spesies tumbuhan dari famili Rubiaceae iaitu Morinda citrifolia ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah penyulingan hidro. Faktor suhu dan masa eraman ditetapkan iaitu pada 37°C selama 24 jam untuk eraman piring agar sebaran cakera yang dibuat untuk ujikaji ini. Minyak pati yang terhasil adalah berwarna kuning dan jisim serta warna minyak pati ini bergantung kepada komponen biokimianya. Hasil yang didapati daripada ujian aktiviti antimikrobial menunjukkan bahawa minyak pati Morinda citrifolia tersebut mampu merencat dengan efisien pertumbuhan kelima-lima bakteria tersebut pada kepekatan tertentu. Data yang signifikan daripada ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kesan zon perencatan yang terhasil antara kepekatan minyak pati spesies Morinda citrifolia terhadap setiap mikroorganisma yang diuji kepadanya. Data analisis juga menerangkan bahawa perencatan aktiviti mikroorganisma tertentu bergantung kepada kepekatan minyak patio Saiz zon perencatan juga didapati bertambah seiring dengan pertambahan kepekatan minyak pati. Nilai kepekatan perencatan minimum (MIC) yang dapat diperhatikan kebanyakannya adalah pada 0.5 mgml¯¹ dan 1.0 mgml¯¹ bergantung kepada spesies mikroorganisma yang dikenakan padanya. Walaubagaimanapun, nilai kepekatan perencatan optimum tidak dapat dikenal pasti. Perencatan yang terhasil dipercayai berpunca daripada jumlah dan jenis komponen aktifbiokimia tertentu yang terkandung dalam spesies Morinda citrifolia tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Essential oils, Morinda citrifolia, Antimicrobial activities, Bacteria
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry > QD241-441 Organic chemistry
Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Sep 2012 09:58
Last Modified: 10 Oct 2017 17:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4801

Actions (login required)

View Item View Item