Liewelyn Anak Lipi (2006) Kesan sukrosa dan air kelapa terhadap proliferasi protokom cymbidium finlaysonianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000755.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian dijalankan di makmal Kultur Tisu Sekolah Sains dan Teknologi, UMS, untuk mengkaji kesan sukrosa (0 gL¯¹, 15 gL¯¹, 30 gL¯¹ dan 45 gL¯¹) dan air kelapa (0%, 10% dan 25%) ke atas proliferasi protokom Cymbidium finlaysonianum. Kajian menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD) dan dijalankan dalam tempoh 64 hari. Hasil kajian menunjukkan penggunaan sukrosa dan air kelapa secara individu atau kombinasi memberi kesan yang berem ke atas jumlah protokom baru terhasil per protokom dan jumlah protokom yang membentuk protokom baru. Antara kesemua rawatan, proliferasi protokom tertinggi (58.800 ± 7.239) dan protokom baru terhasil per protokom (0.113 ± 0.063) berlaku pada media KC mengandungi 30 gL¯¹ sukrosa dan 25% air kelapa. Untuk media yang dibekalkan dengan sukrosa atau air kelapa secara individu, 15 gr¯¹ sukrosa dan 25% air kelapa merupakan yang terbaik untuk proliferasi protokom. Selepas pengkulturan selam 64 hari, kedua-dua media memberi peratusan proliferasi protokom yang sama (48%).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Coconut water, Protocorm, Cymbidium finlaysonianum, Proliferating protocorms |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Sep 2012 16:13 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 17:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4824 |
Actions (login required)
View Item |