Analisis bilangan kromosom padi liar, oryza ridleyi dari Tenom, Sabah

Dynon Affendy Koroh (2007) Analisis bilangan kromosom padi liar, oryza ridleyi dari Tenom, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000756.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah hujung akar spesies padi liar yang dikenalpasti sebagai spesies Oryza ridleyi Hook daripada Tenom, Sabah. Spesies ini dikenalpasti berdasarkan kepada ciri-ciri morfologi dan ekologinya. Sebagai pengesahan spesies O.ridleyi yang diperolehi, analisis bilangan kromosom dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk memastikan bahawa bilangan kromosom spesies ini adalah 2n=48. Analisis ini ditentukan dengan menggunakan kaedah pewarnaan piawai. Hujung akar padi yang dituai diberi pra-rawatan dalam 8-Hydroxyquinoline selama 24 jam. Selepas pra-rawatan, akar ditetapkan dalan1 larutan Carnoy sekurang-kurangnya dua hari. Kemudian akar diwarnakan dalam Reagen Schiff selama 24 jam. Selepas pewarnaan, akar dicernakan dalam larutan enzim selama 90 minit. Akar padi lembut diwarnakan dengan setitis aceto-orcein kemudian dihancurkan sehingga lumat. Sebanyak 100 sel profasa dapat diperolehi. Julat bilangan kromosom daripada 100 sel profasa adalah 44 hingga 52. Purata bilangan kromosom pula adalah 47.80 iaitu menghampiri 48. Ini mengesahkan spesies yang diperolehi dari Tenom sebagai spesies O.ridleyi dan bilangan kromosom spesies yang dikaji adalah 48.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Wild rice, Ecology, Chromosome, Root tips, Morphological, Oryza Ridleyi, Tenom, Sabah
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Sep 2012 16:08
Last Modified: 10 Oct 2017 17:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4825

Actions (login required)

View Item View Item