Geologi am dan geokimia tanah do kawasan Krokong, Bau, Sarawak

Philoniza Miseng (2007) Geologi am dan geokimia tanah do kawasan Krokong, Bau, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000380.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Lokasi kawasan kajian terletak di lingkungan garis lintang 01º18'00"U hingga 01°24'00"U dan 110º 06'00" T hingga 110º10'00" T. Unit batuan di kawasan kajian terdiri daripada batuan endapan jenis butiran klastik dan karbonat. Batuan sedimen diwakili oleh Formasi Pedawan (Jurasik Atas hingga Kapur Bawah) dan batuan karbonat pula formasi Bau Limestone (Jurasik Atas).Formasi Volkanik Serian(Trasik Atas) terdiri daripada batuan igneus. Bagi analisis geokimia, peratus kandungan kelembapan bagi formasi Pedawan, formasi Batu Kapur Bau dan batuan igneus pertengahan masing-masing adalah 17.90% hingga 53.99%,18.89 hingga 61.09% dan 25.06% hingga 72.23%. Nilai pH bagi formasi Pedawan, formasi Batu Kapur Bau dan batuan igneus pertengahan masing-masing adalah 3.25 bingga 7.52, 4.93 hingga 8.36 dan 5.18 hingga 6.83 iaitu bersifat berasid lemah hingga alkali lemah. Nilai peratus lempung, formasi Pedawan mempunyai 0.210% hingga 55.84%, formasi Batu Kapur Bau, 9.78% hingga 76.21% dan batuan igneus pertengahan mempunyai 24.01% hingga 44.86 %.Bagi pengelasan saiz butiran dan tekstur tanah, formasi Pedawan terdiri daripada liat, berkelodak, lom liat berkelodak, lom berlodak, lom liat, lom, lom berpasir, pasir berlom dan lorn liat berpasir, forrnasi Batu Kapur Bau adalah liat berkelodak, lom liat berkelodak, lorn berlodak, kelodak, liat, lom liat, lom, lom berpasir dan lom liat berpasir manakala batuan igneus pertengahan adalah 1iat, lom liat dan lom. Bagi kelimpahan unsur - unsur logam berat, kelimpahan kromium (Cr) dalam formasi Pedawan berjulat 20.1 b.p.j hingga 12.77 b.p.j, formasi Batu Kapur Bau 1.2 b.p.j hingga 22.84 b.p.j dan sampel dari unit batuan igneus pertengahan 2.02 b.p.j hingga 19.94 b.p.j. Plumbum (Pb) pula, adalah 4.01 b.p.j hingga 54.33 b.p.j, formasi Batu Kapur Bau di antara 5.l5 b.p.j hingga 140.35 b.p.j dan sampel dari batuan igneus pertengahan adalah 3.69 b.p.j hingga 27.02 b.p.j manakala kuprum (Cu) pula, bagi formasi Pedawan adalah 3.12 b.p.j hingga 35.48 b.p.j dan formasi Batu Kapur Bau di antara 2.89 b.p.j hingga 64.16 b.p.j dan sampel bagi batuan igneus pertengahan adalah 21.22 b.p.j hingga 37.12 b.p.j. Bagi kelimpahan unsur zink (Zn) bagi formasi Pedawan adalah 8.85 b.p.j hingga 64.46 b.p.j, formasi Batu Kapur Bau di antara 2.57 b.p.j hingga 69.87 b.p.j manakala sampel dari unit batuan igneus pertengahan adalah 7.61 b.p.j hingga 45.98 b.p.j.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Bau Limestone Formation, Pedawan Formation, Volcanic Serian Formation, Krokong, Bau, Sarawak
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jan 2012 10:43
Last Modified: 12 Oct 2017 11:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/485

Actions (login required)

View Item View Item