Farrawati Sabli (2007) Penentuan aktiviti antioksida, jumlah fenolik dan flavanoid di dalam spesies halia terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000763.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kaedah penghapusan radikal bebas (DPPH) dan kuasa penurunan ferik (FRAP) digunakan untuk menguji aktiviti antioksida terhadap tujuh ekstrak methanol bagi empat spesies halia terpilih. lumlah fenolik dan flavanoid juga diuji menggunakan kaedah Folin-ciocalteu dan kolometrik. Empat spesies halia yang terpilih iaitu Hornstedtia incana, Costus speciosus, Etlingera fimbriobracteata dan Zingiber wrayi diuji untuk menentukan aktiviti antioksida untuk melihat kegunaan perubatan. Ujikaji dijalankan secara berasingan terhadap rizom dan batang bagi C. speciosus, E. fimbriobracteata dan Z. wrayi, manakala H incana hanya diuji pada bahagian rizom sahaja. Keputusan dalam kajian ini juga dapat menerangkan bahawa ekstrak metanol terhadap tiga spesies halia yang lain iaitu Costus speciosus, Etlingera flmbriobracteata dan Zingiber wrayi adalah berpotensi digunakan sebagai antioksida semulajadi. Menurut kajian ini, dapat disimpulkan bahawa H. incana mempunyai potensi yang lebih tinggi daripada yang lain di mana keputusan bagi DPPH, FRAP, jumlah fenolik dan jumlah flavanoid adalah masing-masing 70.7±9, 1.129±{).36, 19.7±0.l4 dan 6.88±0.03.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Gingers, Natural antioxidant, Methanolic extracts |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 20 Sep 2012 15:29 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 17:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4897 |
Actions (login required)
View Item |