Zuraidah Mohd Zain (2005) Kesan kompleks tabil terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Orkid telinga Gajah (Phalaenopsis Gigantea). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000767.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meneliti kesan penambahan 20% kompleks tabii ekstrak ubi kentang, air kelapa, homogenat pisang dan jus tomato terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Phaiaeonopsis gigatea dengan menggunakan medium asas Murashige dan Skoog (1962). Kajian telah dilakukan selama 160 hari bagi kajian tentang kesan kompleks tabii dan 90 hari bagi kajian kesan kepekatan berbeza kompleks tabii - terpilih (ekstrak ubi kentang). Hasil kajian kesan kompleks tabii terhadap pertumbuhan dan perkembangan P. gigantea menunjukkan bahawa indeks pertumbuhan ekstrak ubi kentang memberikan kesan yang terbaik (388.33±10.4) terhadap pertumbuhan protokom diikuti air kelapa (369.47±10.0), jus tomato (368.89±9.6) dan homogenat pisang (360.00±13.0). Media kawalan pula menunjukkan indeks pertumbuhan yang paling rendah (355.83±8.6) berbanding media lain. Hal ini jelas membuktikan bahawa tambahan kompleks tabii dalam media basal (media MS) mampu mempengaruhi pertumbuhan protokom. Kesan kepelbagaian kepekatan ekstrak ubi kentang (5%, 10% dan 20%) juga dilakukan. Keputusan mendapati bahawa kadar pertumbuhan tertinggi diperolehi pada protokom yang dikultur dalam media yang mengandungi ekstrak ubi kentang pada kepekatan 5% (411.67±2.89) manakala media yang mempuyai nilai min indeks pertumbuhan yang terendah (399.00±11.94) pula ialah media yang mengandungi 20% (w/v) ekstrak ubi kentang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tambahan komplek tabii seperti ekstrak ubi kentang pada kepekatan yang rendah adalah bersesuaian untuk pertumbuhan dan perkembangan protokom P. gigantea.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Potato extract, Concentration, Protocorm, Phalaenopsis Gigantea |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 20 Sep 2012 15:11 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 09:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4902 |
Actions (login required)
View Item |