Yeoh, Sun Yann (2005) Faktor-faktor mempengaruhi penggunaan elecktrik di Malaysia dan peramalan penggunaan elektrik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000768.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan elektrik di Malaysia dan meramal penggunaan elektrik di Malaysia sehingga tahun 2015. Data kajian ialah data tahunan penggunaan elektrik, keluaran dalam negeri kasar semasa (KDNK), pendapatan per kapita, indeks harga pengguna dan populasi yang diperolehi dari Buku Tahunan Perangkaan Malaysia dan Laporan Ekonomi Malaysia. Kaedah regresi langkah demi langkah digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan elektrik. Hasil kajian mendapati KDNK memberi pengaruh yang signifikan terhadap penggunaan elektrik. Peramalan elektrik juga dibuat dengan menggunakan model regresi. Setelah mengetahui peningkatan penggunaan elektrik di Malaysia seakan-akan bentuk kuadratik, andaian telah dibuat bahawa peningkatan ini boleh diwakili dengan bentuk kuadratik. Pekali korelasi dan pekali penentuan digunakan untuk menguji kesesuaian model. Selain itu, min sisihan mutlak akan digunakan untuk menerangkan sisihan purata bagi setiap tahun yang diramal dengan menggunakan garis suaian yang diperolehi. Peratus ralat min pula digunakan untuk menentukan sarna ada kaedah peramalan yang digunakan konsisten dan saksama. Akhir sekali ramalan bagi penggunaan elektrik di Malaysia akan dibandingkan dengan nilai sebenar yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Electric, Electricity consumption, Demand of electricity |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 20 Sep 2012 15:21 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 09:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4903 |
Actions (login required)
View Item |