Chin, Jet Yei (2009) Kajian perbandingan kepuasan pesakit dan pembaziran makanan di antara sistem penghidangan pukal (Bulk trolley) dan sistem penghidangan berpusat (Plate trolley) di Hospital Duchess of Kent. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000780.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian keratan rentas dijalankan untuk menentukan kepuasan pesakit terhadap makanan di samping membandingkan kepuasan antara sistem penghidangan pukal dan sistem penghidangan pusat di hospital. Jumlah pembaziran makanan di kalangan pesakit wad juga ditentukan. Responden yang menjawab borang soal selidik adalah pesakit di wad Hospital Duchess of Kent, Sandakan (n=360, masing-masing 180 pesakit daripada dua jenis sistem penghidangan). Kebanyakan daripada responden (54.2%) berpuas hati atau sangat berpuas hati terhadap makanan yang dihidangkan. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan di antara aspek kualiti makanan (suhu, rupa bentuk, rasa, bau dan tekstur) dengan tahap kepuasan pesakit. Terdapat perkaitan yang signifikan antara suhu (p<0.001), rasa (p=0.005) dan tekstur makanan (p=0.013) dengan sistem penghidangan pada aras keertian, p<0.05. Penjelasan lanjut terhadap hubungan tahap kepuasan pesakit dengan aspek kualiti makanan, perkhidmatan sajian dan jangkamasa tinggal di hospital dianalisis dengan menggunakan Spearman rank korelasi. Semua aspek-aspek kualiti makanan dan perkhidmatan sajian yang menunjukkan korelasi positif (kekuatan hubungan yang sederhana) dengan penilaian kepuasan pesakit. Bagi mengkaji hubungan antara kepuasan pesakit dengan faktor sosiodemografik, analisis Pearson khi kuasa dua mendapati hanya bangsa (p<0.001) dan pendidikan (p=0.001) yang menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan penilaian kepuasan keseluruhan. Likelihood ratio menunjukkan perkaitan yang signifikan antara agama (p=0.004) dengan penilaian kepuasan. Pembaziran makanan di hospital adalah tinggi, iaitu dalam lingkungan 45.9% - 66.6% bagi penilaian makan tengahari. Pembaziran makanan adalah lebih rendah melalui sistem penghidangan pukal berbanding dengan sistem penghidangan pusat bagi wad perubatan (55.8% berbanding 66.6%), wad pembedahan (51.7% berbanding 60.7%) dan wad ortopaedik (45.9% berbanding 59.4%) kecuali wad bersalin (57.2% berbanding 46.4%). Penyesuaian sistem penghidangan untuk meningkatkan kepuasan pesakit terhadap makanan hospital harus dilakukan supaya pembaziran makanan di hospital berada pada tahap yang minimum.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Food, Food served, Food quality aspect, Food wastages, Spearman rank correlation, Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA960-1000.5 Medical centers. Hospitals. Dispensaries. Clinics Including ambulance service, nursing homes, hospices |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 25 Sep 2012 18:09 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 09:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4936 |
Actions (login required)
View Item |