Geologi am dan sedimentologi di kawasan Pekan Tamparuli, Sabah

Kiew, Ai Leng (2005) Geologi am dan sedimentologi di kawasan Pekan Tamparuli, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000371.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak sekitar di pekan Tamparuli dengan keluasan 35 kilometer persegi. Kawasan kajian didasari oleh Formasi crocker dan endapan kuaterner. Jujukan batuan Formasi crocker yang berusia Eosen Lewat-Awal Miosen di kawasan ini terdiri daripada beberapa unit iaitu unit batu pasir tebal, unit selang lapis batu pasir-syal, unit syal merah dan unit syal kelabu. Analisis struktur tempatan menunjukkan arah daya mampatan utama adalah bertren baratlaut-tenggara dan timurlaut-baratdaya. Garis sesar sungkup ditafsirkan terbentuk di antara batu pasir tebal dengan syal kelabu. Sesar sungkup ini bertanggungjawab untuk membentuk perulangan unit litostratigrafi di kawasan kajian dan sekitarnya. Analisis struktur tempatan seperti perlapisan lipatan, sesar dan kekar menunjukkan arah daya mampatan utama bertren baratlaut-tenggara dan timurlaut-baratdaya. Pengelasan batu pasir kawasan ini adalah dari jenis greiwak. Batu pasir ini matang dari segi kimia tetapi tidak matang dari segi kematangan tekstur. Struktur scdimen yang dicerap di kawasan kajian adalah laminasi selari, laminasi silang, kesan riak ayunan, kesan galur dan fosil surih. Pengendapan kawasan kajian dipengaruhi oleh arus turbidit yang mewakili endapan fasies laut dalam di mana wujud secara berselang lapis berirama dan membentuk jujukan batu pasir selang lapis dengan syal yang baik. Arah arus kuno ialah U74°T menunjukkan punca sedimen dari baratdaya yang masuk ke dalam lembangan memanjang bertren baratdaya-timurlaut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Sedimentary structures, Crocker formation, Quaternary alluvium, Tamparuli Town, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Dec 2011 15:11
Last Modified: 12 Oct 2017 11:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/498

Actions (login required)

View Item View Item