Azzami Adam Muhammad Mujab (2010) Kesan ekstrak vermikompos ke atas larva rama-rama belakang-Intan Plutella xylostella. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000790.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Satu kajian telah dijalankan di Makmal Ladang, Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah untuk mengkaji kesan ekstrak vermikompos ke atas rama-rama belakang-intan, Plutella xylostella. Objektif kajian adalah untuk mengkajl bio-aktiviti ekstrak vermikompos dan kesannya terhadap larva rama-rama belakang-intan, P. xylostella. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepekatan optimum ekstrak vermikompos yang paling efektif bagi mengurangkan kesan serangan P. xylostella. Oalam kajian ini, ekstrak vermikompos berkepekatan 20%, 40%, 60%, 80%, 100% dan kawalan diuji kepada kepingan daun sawi di dalam piring petri yang mengandungi 4 ekor larva P. xylostella. Setiap rawatan mempunyai 4 replikasi. Setiap 24 jam kepingan daun sawi digantikan dengan kepingan baru. Data mengenai bioaktiviti dan kematian larva dikira dan direkodkan setiap 24 jam selama 3 hari berturut-turut. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ANOVA satu hala menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Keputusan yang diperoleh menunjukkan tiada perbezaan yang bererti pada semua rawatan. Kajian boleh diperbaiki dengan menggunakan ekstrak vermikompos sebagai pelembap tanah pada tanaman, penyimpanan ekstrak vermikompos dengan baik dan menggunakan ekstrak secepat mungkin selepas diproses bagi mengurangkan kesan serangan P. xylostella.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Larvae, Moth, Bioactivity, Treatment, Plutella xylostella, Universiti Malaysia Sabah, Sabah |
Subjects: | Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates > QL461-599.82 Insects |
Department: | SCHOOL > School of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 08 Oct 2012 17:53 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5036 |
Actions (login required)
View Item |