Pengaruh media penanaman terhadap pertumbuhan tanaman tomato yang ditanam menggunakan sistem titisan

Asma' Fathonah Salim (2010) Pengaruh media penanaman terhadap pertumbuhan tanaman tomato yang ditanam menggunakan sistem titisan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000791.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan media penanaman terhadap pertumbuhan tanaman tomato yang menggunakan pemberian baja melalui sistem titisan. Kajian dijalankan selama 13 minggu di Makmal Ladang, Sekolah Pertanian Lestari. Terdapat sembilan rawatan yang dilakukan dan setiap rawatan mempunyai lima replikasi. Media yang digunakan adalah sabut kelapa, sekam padi bakar dan sekam padi tidak bakar dalam pelbagai kombinasi mengikut nisbah 50%:50%, 60%:40%, 70%:30% dan juga 100% sebagai kawalan. Parameter yang dikaji adalah ketinggian tanaman, berat dan bilangan buah tomato segar, berat kering bahagian atas dan akar tanaman. Hasil kajian menunjukkan bahawa rawatan 100% sabut kelapa memberi kesan yang lebih baik ke atas pertumbuhan bagi pokok tomato iaitu purata ketinggian (29.64 cm). Rawatan campuran 60% sekam padi bakar + 40% sabut kelapa memberikan keputusan terbaik dari segi purata berat buah (37.04 g), purata berat kering bahagian atas tanaman (65.81 g) dan purata berat kering bahagian akar (85 g). Rawatan campuran 50% sekam padi bakar + 50% sabut kelapa pula memberikan keputusan terbaik dari segi purata penghasilan buah tomato (15 biji pokok). Secara keseluruhan, media yang memberikan kesan yang terbaik adalah campuran 50% sekam padi bakar + 50% sabut kelapa dan 60% sekam padi bakar + 40% sabut kelapa. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, campuran media sekam padi bakar dan sabut kelapa adalah media yang paling sesuai atau terbaik untuk digunakan sebagai media penanaman dalam menanam tomato menggunakan sistem titisan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tomato, Tomato planted, Coconut husk, Drip system, Fruit
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB320-353.5 Vegetables
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Oct 2012 17:58
Last Modified: 13 Oct 2017 11:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5037

Actions (login required)

View Item View Item