Kajian ke atas keperluan-keperluan latihan oleh para peserta skim penempatan getah tulid di daerah Keningau, Sabah

Ruwena Tindik (2009) Kajian ke atas keperluan-keperluan latihan oleh para peserta skim penempatan getah tulid di daerah Keningau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000793.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Skim Penempatan Getah Tulid di Daerah Keningau yang terletak di Kampung Nandagan terhadap 26 orang peneroka dan lapan kakitangan UGS yang mengurus skim tersebut. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti keperluan latihan peneroka dalam pengurusan ladang getah. Pengumpulan data untuk kajian ini menggunakan borang kaji selidik dan analisis data adalah mengikut objektif yang telah digariskan. Penemuan kajian ini amat penting di mana ia akan dapat membantu mana-mana pihak yang bercadang untuk mengadakan program latihan bagi para peneroka berkenaan. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai sumber rujukan dalam mewujudkan kurikulum latihan kepada peneroka terbabit. Kajian telah mendapati bahawa peneroka skim ini memerlukan latihan dalam bidang-bidang utama seperti kawalan penyakit, teknik penorehan, pemprosesan getah, pemuliharaan tanah, penanaman, pembajaan dan pengawalan rumpai. Mereka ini, secara keseluruhannya, kurang berminat dan kurang merasakan perlunya latihan dalam bidang penanaman tumbuhan penutup bumi dan penanaman tanaman sampingan. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor-faktor demografik peneroka kurang mempengaruhi tahap keperluan latihan mereka terhadap bidang-bidang kecekapan yang dikenalpasti.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Training, Rubber, Rubber smallholder, Tulid Rubber, Rubber plantation, Keningau, Sabah
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S530-559 Agricultural education
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Oct 2012 18:03
Last Modified: 13 Oct 2017 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5039

Actions (login required)

View Item View Item