Kesan persaingan empat spesies rumpai: E. crus-galli, M. viginalis, F. milliacea dan M. crenata terhadap pertumbuhan dan hasil Padi varieti TQR-2

Arbaania Simbo (2010) Kesan persaingan empat spesies rumpai: E. crus-galli, M. viginalis, F. milliacea dan M. crenata terhadap pertumbuhan dan hasil Padi varieti TQR-2. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000797.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbezaan kesan persaingan empat spesies rumpai sawah dominan iaitu E. cruss-galli M. vaginalis, F. miliacea and M. crenata terhadap pertumbuhan dan hasil padi varieti TQR-2. Kesemua empat jenis rumpai ini telah mula disaingkan bersama-sama dengan tanaman padi berumur 21 hari setelah disemai. Kajian ini dijalankan di rumah jaring Makmal Ladang Sekolah Pertanian Lestari. Setiap rawatan mempunyai empat replikasi. Rekabentuk eksperimen yang digunakan adalah Rekabentuk Rawak Lengkap (Completely Randomized Design) dan data dianalisis menggunakan kaedah ANAVA sehala. Parameter pertumbuhan tanaman padi yang diukur adalah ketinggian, bilangan daun dan bilangan anakan. Manakala parameter hasil padi pula adalah peratus anakan produktif, bilangan tangkai per rumpun, panjang setiap tangkai, bilangan butiran bemas setiap tangkai dan rumpun, peratus hampa setiap tangkai dan rumpun dan berat 1000 butiran. Pengiraan hasil tanaman padi tanah¯¹ bagi setiap rawatan pula menggunakan pengiraan unjuran hasil. Manakala pengurangan hasil pula adalah berdasarkan peratus beza hasil setiap tanaman padi yang disaingkan rumpai dengan kawalan. Keputusan kajian mendapati spesies rumpai yang paling banyak memberi pengaruh teruk terhadap pertumbuhan dan hasil padi varieti TQR-2 adalah M. vaginalis diikuti oleh rumpai M. crenata, E. cruss-galli dan F. miliacea dengan catatan pengurangan hasil padi masing-masing sebanyak 68.16%, 63.68%, 25.09% dan 17.60%. Maka, langkah pengawalan rumpai yang efektif adalah melalui penyingkiran awal rumpai di peringkat awal pertumbuhan tanaman padi bagi mengelakkan pengurangan hasil yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Weed, E.cruss-galli M. vaginalis,F.miliacea, M.crenata, Paddy, Paddy variety, Paddy growth
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Oct 2012 18:20
Last Modified: 13 Oct 2017 12:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5043

Actions (login required)

View Item View Item