Kajian tentang populasi semut (Hymenoptera ; Formicidae) di Ladang Koko, Ranau

Faridah Yusof (2010) Kajian tentang populasi semut (Hymenoptera ; Formicidae) di Ladang Koko, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000800.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan di ladang koko Kg. Singgaron di Daerah Ranau, Sabah bagi mengetahui jumlah populasi semut (Order Hymenoptera; Formicidae). Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengkaji jenis pemakanan semut menggunakan perangkap 'Pitfall' berumpan gula-gula, daging, tauhu dan tuna. Objektif kedua adalah untuk mengetahui populasi semut mengikut subfamili dan genera di ladang koko tersebut. Penyampelan di ladang koko mempunyai dua plot kajian dan setiap plot mempunyai perangkap 'Pitfall' berumpan gula-gula, daging, tauhu dan tuna yang setiap satunya mempunyai lima replikat. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ANOVA satu hala dan hasil menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti terhadap populasi semut antara umpan kawalan, gula-gula, daging dan tauhu (F=4.83, df=3, P<O.Ol). Penggunaan umpan gula-gula merupakan umpan yang terbaik dalam kajian ini kerana banyak semut tertarik kepadanya disebabkan rasanya yang manis. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan bererti di antara subfamili semut (F=1.69 , df=3, P=0.181), subfamili semut bagi umpan gula-gula (F=1.38, df=3, P=0.358), daging (F=1.18, df=3, P=0.30), dan tauhu (F=0.69, df=3, P=0.58). Subfamili Dolichoderinae mempunyai jumlah individu tertinggi iaitu 3,122 berbanding subfamili Formicinae (403), Myrmicinae (239) dan Ponerinae (5). Semut dari genera Tapinoma (Dolichoderlnae) merupakan spesies semut yang paling banyak populasinya di ladang koko tersebut iaitu 3,107 individu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cocoa, Cocoa plantation, Hymenoptera, Formiddae, Kg. Singgaron, Ranau, Sabah
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates > QL461-599.82 Insects
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 30 Oct 2012 16:54
Last Modified: 13 Oct 2017 12:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5098

Actions (login required)

View Item View Item