Muhamad Mohsin Sabri Ghazi Ahmad (2005) Geologi am dan penjelajahan air panas di Poring menggunakan kaedah magnetik dan kerintangan elektrik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000367.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kawasan kajian terletak di km 26, Tenggara Gunung Kinabalu dan 13km dan Utara Ranau. Kawasan kajian terletak pada gans lintang (06°00'U-06°03'U) dan garis bujur (116°41'T-116°44'T). Keluasan kawasan kajian ialah 48 km². Tujuan kajain ini dijalankan ialah untuk mengkaji aspek geologi am kawasan kajian, menggunakan aplikasi kaedah geoftzik (kaedah magnetik dan kerintangan elektrik) dalam menentukan kehadiran air panas di sekitar kawasan poring dan menyediakan peta geologi terkini kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada batuan sedimen, batuan igneus, endapan kuarternan dan kerikil Pinosouk. Batuan sedimen terdiri daripada Formasi Crocker yang dicirikan dengan selang lapis batu pasir dengan syal dan Formasi Trusmadi. Batun igneus terdiri daripada batuan serpentinit dan igneus asid. Survei Kerintangan Elektrik dengan susunatur Wenner dipilih untuk kajian. Interpretasi dari data menunjukkan kawasan Sl (Kg. Napong) mengandungi air bersih manakala S2a dan S2b (Kg.Skim 2) mengandungi air logam. Survei magnetik menunjukkan nilai anomali yang tinggi di S2 dan kecil di Sl.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | General geology, Geological mapping, Sedimentary rocks, Quaternary deposits, Poring area, Ranau, Sabah |
Subjects: | Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 08 Dec 2011 17:19 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 11:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/515 |
Actions (login required)
View Item |