Nursyilla Md. Hassan (2007) Kesan kompleks tabii ke atas proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000368.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian dilakukan untuk menentukan kesan serbuk kentang (SK) dan air kelapa (AK) terhadap proliferasi segmen protokom P. gigantea. Eksperimen dijalankan selama 70 hari di Makmal Kultur Tisu, Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak lengkap. Protokom yang dipotong secara vertikal dikultur di dalam media asas NDM yang ditambah dengan 5, 10 atau 15% (v/v) AK bersama atau tanpa 1% (w/v) SK. Parameter yang dikaji ialah purata peratus segmen yang berproliferasi, purata bilangan protokom bam per segmen, peratus segmen yang mati, dan peratus segmen yang menghasilkan pucuk, daun dan akar. Ujian ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti pada aras keertian 0.05 di antara kesemua media rawatan terhadap semua parameter yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan penggunaan SK dan AK di dalam media kultur sama ada secara sendirian atau kombinasi mencatatkan julat purata peratus segmen yang berproliferasi antara 32.00±8.37 hingga 64.00±16.73. Julat yang terhasil bagi purata protokom baru per segmen adalah antara 2.35± 1.77 hingga 3.79±2.25 bagi semua media rawatan sama ada medium tanpa atau dengan penambahan kompleks tabii secara sendirian atau kombinasi. Purata peratus segmen yang mati di dalam semua media rawatan mencatatkan julat 0.00-30.00±35.36. Kajian menunjukkan julat purata peratus segmen yang menghasilkan pucuk adalah antara 26.l9±41.99 hingga 60.00±17.93 bagi media kawalan, media dengan penambahan AK sama ada secara sendirian atau kombinasi dengan SK dan media dengan penambahan SK secara sendirian. Hasil keputusan yang diperolehi mendapati media dengan penambahan kompleks tabii memberikan kesan yang baik dalam proliferasi protokom dan didapati media dengan penambahan 1%(w/v) SK secara sendirian memberikan kesan yang paling maksimum dalam menggalakkan protokom orkid P.gigantea untuk berproliferasi berbanding media rawatan yang lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Orchid, Potato powder, Coconut water, Phalaenopsis gigantea |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 08 Dec 2011 17:31 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 11:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/516 |
Actions (login required)
View Item |