Perbandingan kepelbagaian spesies burung di hutan primer dan hutan pembalakan terpilih di Lembah Danum, Lahad Datu Sabah: spesies kanopi lwn spesies terrestrial

Donna Christine Simon (2008) Perbandingan kepelbagaian spesies burung di hutan primer dan hutan pembalakan terpilih di Lembah Danum, Lahad Datu Sabah: spesies kanopi lwn spesies terrestrial. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000827.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan gangguan hutan dalam bentuk pembalakan secara terpilih terhadap komuniti burung di Lembah Danum, Sabah. Kajian ini memfokus kepada dua kumpulan berfungsi; spesies burung kanopi dan spesies burung terrestrial. Hutan terbalak dalam kajian ini adalah hutan yang telah dibalak secara terpilih 19 tahun yang lalu. Objektif khusus kajian ini adalah untuk (i) membandingkan kekayaan dan komposisi spesies burung-burung kanopi dan burung terrestrial di hutan primer dan hutan pembalakan terpilih di Lembah Danum, (ii) membandingkan kelimpahan relatif burung-burung kanopi dan burung terrestrial di hutan primer dan hutan pembalakan terpilih di Lembah Danum dan (iii) membandingkan kepelbagaian burung kanopi dan burung terrestrial di hutan primer dan hutan pembalakan terpilih di Lembah Danum. Sebanyak dua lokasi persampelan telah didirikan bagi mewakili setiap hutan primer dan hutan terbalak secara terpilih. Kaedah persampelan burung yang telah digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian secara langung dan pengecaman burung melalui bunyi semasa melakukan tinjauan rentis. Analisis struktur vegetasi di setiap lokasi persampelan juga telah dijalankan untuk membandingkan perbezaan struktur vegetasi hutan primer dan hutan yang terbalak secara terpilih. Keseluruhannya sejumlah 388 ekor burung telah berjaya direkodkan dalam kajian ini. Dari jumlah ini sebanyak 31 famili yang terdiri daripada 54 genera dan merangkumi 79 spesies burung dikenalpasti. Hasil kajian mendapati pembalakan secara terpilih memberi kesan yang negatif terhadap kedua-dua spesies burung kanopi dan burung terrestrial. Didapati bahawa terdapat kesan pengurangan dari segi komposisi, kekayaan dan kelimpahan spesies burung di kawasan terbalak walaupun hutan terbalak secara terpilih telah beregenerasi selama 19 tahun. Walau bagaimanapun, hutan terbalak secara terpilih masih dapat menampung spesies-spesies burung kanopi dan burung terrestrial. Keputusan ini mencadangkan bahawa walaupun hutan primer adalah lebih baik daripada hutan pembalakan terpilih, hutan yang telah terganggu ini masih mempunyai peranan yang penting dalam pemuliharaan komuniti burung.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Birds, Forest disturbance, Logging, Canopy birds, Terrestrial birds, Danum Valley, Lahad Datu
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL605-739.8 Chordates. Vertebrates > QL671-699 Birds
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jan 2013 10:32
Last Modified: 13 Oct 2017 14:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5616

Actions (login required)

View Item View Item