Lee, Peak Ling (2008) Kajian terhadap amfibia dan reptilia di kawasan tinggalan paya air tawar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000838.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk mencapai dua objektif, iaitu mencerap, meneliti spesies serta menentukan biojisim amfibia dan reptilia di paya air tawar, Kinamt, Sabah. Pensampelan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah penangkapan dengan tangan. Maklumat-maklumat seperti masa, hari, tempat, penangkap haiwan berkenaan dan nombor spesimen telah dicatatkan dalam buku catatan semasa pensampelan dijalankan di lapangan kerja. Pengecaman, pengukuran, penyediaan membunuh, menetap dan mengawet spesimen dengan 10% formalin pula telah dilakukan di dalam makmal. Dalam jumlah lima kali pensampelan di kawasan paya air tawar, sebanyak 25 ekor katak dan tiga ekor kura-kura telah ditangkap. Sebanyak dua famili dan tujuh spesies katak telah disampelkan iaitu Famili Ranidae dan Famili Rhacophoridae. Bagi reptilia, hanya Cuora amboinensis telah disampelkan. Kumulatif biojisim amfibia meningkat bagi keseluruhan pensampelan manakala kumulatif biojisim bagi reptilia tidak diambil kira. Dari segi kumulatif bilangan spesimen, kumulatif bagi bilangan spesimen amfibia meningkat dengan kadar yang cepat dalam semua pensampelan sedangkan kumulatif bilangan specimen reptilia pula meningkat dengan kadar yang lambat. Di samping itu, keputusan juga menunjukkan kumulatif spesies amfibia dan reptilia adalah terhad dimana hanya tujuh dan satu spesies masing-masing telah berjaya ditemui. Kumulatif biojisim dan bilangan spesimen amfibia dan reptilia yang semakin bertambah dari semasa ke semasa mencadangkan bahawa sumber makanan di kawasan paya air tawar itu adalah mencukupi seandainya terdapat buaya julung-julung yang menginap di kawasan tersebut.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Reptiles, Amphibians, Famili ranidae, Famili Rhacophoridae, Cuora amboinensis, Freshwater swamp, |
Subjects: | Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL605-739.8 Chordates. Vertebrates > QL640-669.3 Reptiles and amphibians |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 09 Jan 2013 08:12 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 15:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5672 |
Actions (login required)
View Item |