Kesan sukrosa ke atas penghasilan kalus oleh protokom Phalaenopsis gigantea

Vega Dona Abu Bakar (2005) Kesan sukrosa ke atas penghasilan kalus oleh protokom Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000845.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menguji pembentukan kalus pada protokom Phalaenopsis gigantea dengan menggunakan lima jenis rawatan yang berbeza kepekatan sukrosa (0gl¯¹ , l0gl¯¹, 20g¯¹, 30gl¯¹ dan 40gl¯¹). Sebanyak lima replikasi disediakan untuk setiap rawatan. Media Vacin & Went digunakan sebagai media asas. Pengawalatur tumbesaran iaitu hormon 2, 4-D (Asid 2, 4-diklorofenoksiasetik) dan BAP (benzilaminapurine) dengan kepekatan 1.0mgl¯¹ dan 0.1ml¯¹ juga turut digunakan untuk membantu meningkatkan pembentukan kalus pada eksplan protokom. Protokom yang dikultur disimpan dalam keadaan gelap untuk mengaruhkan pertumbuhan kalus. Kalus mula terbentuk pada hari ke 14 selepas pengkulturan dengan warna putih kekuningan dan berkilat. Rawatan yang mengandungi 20gl¯¹ dan 30gl¯¹ sukrosa berjaya membentuk dua kalus +++ pada hari ke- 14. Sebanyak satu protokom berjaya membentuk kalus ++ pada rawatan 0gl¯¹ dan 20gl¯¹ sukrosa. Terdapat dua protokom membentuk kalus + pada rawatan 20gl¯¹ sukrosa. Pada akhir cerapan, bilangan protokom yang membentuk kalus telah bertambah. Sebanyak satu protokom membentuk kalus pada skor +++, ++ dan + pada rawatan 0gl¯¹ dan 40gl¯¹ sukrosa. Pada rawatan 20gl¯¹ sukrosa pula, kalus + telah bertambah menjadi tiga. Bilangan protokom yang berproliferasi adalah banyak terhasil pada rawatan 20gl¯¹ sukrosa iaitu daripada satu menjadi 12. Rawatan dengan 40gl¯¹ sukrosa pula mengakibatkan banyak protokom mengalami kematian iaitu daripada sembilan menjadi 65. Kepekatan sukrosa yang tidak terlalu tinggi (20gl¯¹) sesuai untuk pertumbuhan kalus manakala kepekatan sukrosa yang tinggi (40gl¯¹) menyebabkan banyak kematian kepada protokom P. gigantea.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Phalaenopsis gigantea, Sucrose, Protocorm, Callus induction
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Jan 2013 17:41
Last Modified: 13 Oct 2017 15:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5680

Actions (login required)

View Item View Item