Pencemaran udara punca peningkatan bilangan pengidap asma

Lim, Chia Keng (2007) Pencemaran udara punca peningkatan bilangan pengidap asma. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000849.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan punca peningkatan bilangan pengidap asma. Ini berdasarkan hubungan antara bilangan kemasukan pengidap asma ke wad di Hospital Queen Elizabeth dan pencemaran udara di Kota Kinabalu dari tahun 2003 hingga 2005. Faktor kualiti udara yang terlibat dalam kajian ini adalah karbon monoksida (CO), ozon (0₃), nitrogen dioksida (NO₂), sulfur dioksida (SO₂) dan zarah-zarah terampai yang saiznya kurang atau sama dengan 10μ (PM�₀). Selain faktor kualiti udara, faktor sosiodemografi Gantina, umur dan etnik) dan faktor meteorologikal (suhu, kelembapan bandingan dan hujan) juga telah dipertimbangkan sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi bilangan kemasukan pengidap asma ke wad di Hospital Queen Elizabeth. Ujian ketaksandaran khi kuasa dua digunakan untuk melihat hubungan ketaksandaran antara dua pembolehubah kategori. Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan bagi menentukan hubungan antara asma dengan semua faktor yang terlibat. Hasil analisis menunjukkan kadar kemasukan pesakit adalah rendah dengan tiga orang pesakit seminggu. Bagi faktor kualiti udara, kepekatan bagi semua aras bahan-bahan pencemar tidak melebihi garis panduan kualiti udara ambien Malaysia. Suhu dan kelembapan bandingan menunjukkan tren yang kurang jelas manakala taburan hujan adalah tidak tentu sepanjang tahun kajian. Pesakit lelaki berbangsa Kadazan Dusun dari kumpulan 0 hingga 14 tahun merupakan golongan yang paling ramai menghidap asma. Secara keseluruhan, pencemaran udara di Kota Kinabalu adalah tidak serius dan asma didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan suhu, hujan dan interaksi antara faktor kualiti udara dan faktor meteorologikal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Asthmatics, patient asthmatics, Air quality ractors, hospital Queen Elizabeth, Sabah
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Jan 2013 17:49
Last Modified: 13 Oct 2017 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5684

Actions (login required)

View Item View Item