Tong, Hui Mee (2008) Hubungan antara kualiti hidup dengan populasi yang berlaku dalam Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000877.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari hubungan antara indeks kualiti hidup Malaysia dengan populasi penduduk. Indeks kualiti hidup dikira berdasarkan kepada empat langkah yang utama dan terdiri daripada lima penentu iaitu kesihatan, pendidikan, peserkitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, dan keselamatan awam. Data-data tersebut dikutip dari tahun 1995 sehingga ke tahun 2005. Kajian yang diperolehi daripada rekod yang dikumpul oleh pegawai Jabatan Perangkaan Statistik cawangan Pulau Pinang dan Sabah. Graf garis diplotkan untuk menguji kekonsistenan antara indeks yang terdiri daripada sebelas penentu dengan indeks kualiti hidup yang terdiri daripada lima penentu. Selain itu, graf garis juga diplot untuk menguji antara indeks kualiti hidup yang terdiri daripada petunjuk yang berbeza walaupun penentunya sama. Analisis yang diguna untuk mencari hubungan antara indeks kualiti hidup dengan populasi penduduk adalah analisis korelasi Pearson. Hubungan antara populasi penduduk dengan indeks kualiti hidup dikukuhkan dengan memplotkan scatter plot.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | quality of life, population, Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 14 May 2013 13:21 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 15:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5859 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |