Kesan persilangan radar (radar cross section) terhadap sasaran pasif

Tan, Tuan Siang (2006) Kesan persilangan radar (radar cross section) terhadap sasaran pasif. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000888.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan silang radar (Res) terhadap sasaran-sasaran pasif dan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai silang radar terhadap sasaran-sasaran pasif. Sasaran-sasaran pas if yang digunakan dalam kajian ini ialah plat rata bersaiz besar, plat rata bersaiz kecil, silinder, pembias sisi dan dua lagi plat rata bersaiz besar yang dibuat daripada kertas dan flexiglass. Peralatan yang digunakan dalam kajian ini ialah sistem latihan radar yang berjenama Lab-Volt. Analisis dilakukan melalui pengukuran perubahan voltan puncak ke puncak yang diterima pada sebuah osiloskop. Melalui pengujian yang dijalankan didapati nilai silang radar berkadar langsung dengan penambahan jarak sasaran dari antena penerima. Manakala penambahan frekuensi pada isyarat yang dipancarkan berkadar terus dengan nilai silang radar yang diperolehi. Bentuk, saiz dan bahan sasaran turut memberi kesan terhadap nilai silang radar yang diperolehi. Berdasarkan keputusan, didapati kesan silang radar terhadap sasaran-sasaran pasif dipengaruhi oleh lima faktor iaitu perubahan jarak, frekuensi, bentuk, saiz dan bahan sasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: radar cross section
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 11:58
Last Modified: 13 Oct 2017 16:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5875

Actions (login required)

View Item View Item