Cadangan metodologi penilaian pelaksanaan agenda 21 setempat di Malaysia

Koay, Wei Kheng (2004) Cadangan metodologi penilaian pelaksanaan agenda 21 setempat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000889.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian im cuba merangka satu metodologi penilaian pelaksanaan Agenda 21 Setempat di peringkat kerajaan tempatan di Malaysia. Perangkaan metodologi penilaian ini dijalankan meialui kajian jurnal dan laporan-laporan kemajuan pelaksanaan program Agenda 21 kerajaan-kerajaan daripada seluruh dunia. Kajian laporan juga dilakukan ke atas salah satu kerajaan tempatan di Malaysia iaitu Majlis Daerah Kerian. Dengan berpandukan kepada rangka-rangka kerja penilaian dan petunjuk-petunjuk yang telah digunapakai oleh negara-negara lain, pengubahsuaian yang bersesuaian telah dijalankan untuk menyesuaikan dalam konteks di Malaysia. Nama keadah penilaian yang dihasilkan adalah ""Penilaian Progress Agenda 21 Setempat (Progress Assessment of Local Agenda 21, PALA 21)"". Model penilaian ini merangkumi tiga bahagian iaitu penilaian prosesproses pembangunan mampan, penilaian impak polisi individu dan juga penilaian kemampanan keseluruhan sistem. Bahagian penilaian pertama adalah untuk menguji kemampanan sistem pelaksanaan tersebut. Bahagian kedua pula cuba menilai impakimpak daripada pelaksanaan polisi baik impak secara langsung ataupun tidak langsung dengan matriks penilaian impak polisi. Akhir sekali penilaian pelaksanaan impak ke atas kedua-dua persekitaran manusia dan juga ekosistem. Penilaian ini dilakukan dengan menggunakan petunjuk-petunjuk yang bersesuaian bagi mencerminkan situasi setempat dengan mengambilkira komponen-komponen pembangunan mampan yakni ekonomi, social dan alam sekitar. Beberapa persoalan yang penting yang perlu dimasukkan ke dalam metodologi penilaian ini turut dibincangkan. Selain itu, kelebihan dan kelemahan model penilaian ini juga dibincangkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: AGENDA 21
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 14:44
Last Modified: 13 Oct 2017 16:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5876

Actions (login required)

View Item View Item