Kyu, Tang Ngie (2005) Ciri-ciri dan kesan pendedahan atmosfera ke atas Superkonduktor PbBa2 YI-xCaxCu307+8. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000893.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri dan kesan penggantian Ca terhadap sifat elektrik, suhu genting, parameter-parameter kekisi dan mikrostruktur permukaan sampel serta mengkaji kesan pendedahan atmosfera bagi sampel PbBa2 YI_xCaxCu307+0 dengan komposisi x = 0.00, 0.25, 0.30 dan 0.50 yang telah disimpan selama satu tahun. Kaedah Van der Pauw dan kaedah penduga empat titik telah digunakan untuk mengkaji sifat elektrik iaitu kerintangan elektrik pada suhu bilik dan suhu genting, Tc bagi setiap sampel. Fasa sampel telah dikenalpasti dengan kaedah pembelauan sinar-X. Milcrostruktur permukaan bagi setiap sampel pula dijalankan dengan kaedah mikroskop elektron imbasan (SEM). Suhu genting, Te adalah tertinggi bagi komposisi x = 0.00 iaitu 90 K dan semakin menurun dengan penggantian Ca yang semakin meningkat. Selepas setahun, sampel masih lagi menunjukkan sifat mensuperkonduksi dengan Te yang tidak berubah iaitu 90 K bagi sam pel dengan komposisi x = 0.00. Sebagai perbandingan Te, sampel dengan komposisi x = 0.00 dan 0.25 sebelum dan selepas pendedahan setahun dibandingkan. Didapati bahawa pendedahan atmosfera telah menyebabkan penurunan suhu genting sifar, Tc sifar
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | atmosfera, Superkonduktor PbBa2 YI-xCaxCu307+8 |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 14 May 2013 11:35 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 16:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5880 |
Actions (login required)
View Item |