Zarina Ahmad Zaidi (2005) Kajian residu insektisid organoklorin jenis endosulfan dalam sayur kangkung dan bayam di Penampang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000894.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian penentuan kandungan kepekatan residu endosulfan dalam sampel sayur kangkung (Ipomoea aqualica) dan bayam (Amaranthus sp. ) telah dijalankan di daerah Penampang, Sabah. Sampel sayur bayam dan kangkung dibahagikan mengikut umur tuaian dan faktor dibasuh atau tak dibasuh. Kaedah penanaman adalah mengikut praktis para petani daerah tersebut secara keseluruhannya. Pensampelan dijalankan mengikut umur sayur yang telah disembur iaitu pada umur 7 hari dan 14 hari untuk sayur kangkung, dan bagi sayur bayam pula pada umur 10 hari dan 21 hari. Pestisid endosulfan disembur sekali sahaja sepanjang tempoh penanaman dan kaedah analisis yang digunakan merangkumi pengekstrakan, pemekatan hasil ekstrak, pembersihan hasil ekstrak dan analisis Kromatografi Gas dengan Pengesan Penangkap Elektron (ECD). Keputusan menunjukkan bahawa tiada residu endosulfan yang hadir dalam kedua-dua jenis sayur yang disampel walaupun mempunyai ciri fizikal dan umur yang berbeza dan didapati kedua-dua jenis sayur yang disampel adalah selamat dimakan kerana nilai residu yang diperolehi adalah rendah daripada Had Residu Maksimum dalam Makanan seperti yang dinyatakan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan peraturan Makanan 1985 pindaan hingga Jun, 1998.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | residu insektisid organoklorin , endosulfan , water spinach and spinach |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 14 May 2013 11:29 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 16:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5881 |
Actions (login required)
View Item |