Fui, Carrol Fong George (2005) Kajian ke atas daun Nerium Oleander L. sebagai agen di dalam cat anti-kotoran marin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000895.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Satu kajian tentang keupayaan ekstrak tumbuhan Nerium oleander L. sebagai agen anti-kotoran dalam cat kapal telah dijalankan. Kajian difokuskan kepada perlekatan teritip dan kerang pada plat logam yang telah disapu menggunakan cat terubahsuai, iaitu cat biasa yang telah ditambah dengan ekstrak Nerium. Ekstrak kasar Nerium diperolehi dengan merendam daun Nerium dalam metanol, larutan kemudian dipekatkan menggunakan penyejat putar dan dikeringkan sebelum ditambah ke dalam cat biasa pada kuantiti yang berbeza. Plat-plat direndam dalam air bertempat di Sungai Warisan, Likas selama 9 minggu. Keputusan kajian menunjukkan plat yang telah disapu dengan sampel cat yang mengandungi kuantiti ekstrak yang paling tinggi didapati berkesan untuk menghalang perlekatan teritip dan kerang selama lebih kurang 4 -5 minggu sebelum dicemari oleh organisma marin ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | NERIUM OLEANDER L.LEAF |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 13 May 2013 14:27 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 16:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5882 |
Actions (login required)
View Item |