Sejarah penyertaan pemimpin Islam di dalam parti UPKO dan PBS (1961-1994)

Sably Yusin (2008) Sejarah penyertaan pemimpin Islam di dalam parti UPKO dan PBS (1961-1994). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000899.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang Sejarah Penyertaan Pemimpin Islam di dalam Parti UPKO dan PBS (1961- 1994) ini akan menghurai dan memberikan gambaran tentang penglibatan pemimpin Islam di dalam parti UPKO dan PBS iaitu dua buah parti yang dipelopori oleh pemimpin KadazanDusun dan disertai oleh majoriti masyarakat KadazanDusun dan Murut yang non-Muslim. Sejak parti UPKO dan PBS ini ditubuhkan, pelbagai pandangan negatif pernah kedengaran yang seolah-olah mendakwa bahawa kedua-dua parti ini adalah anti-Islam dan anti-Persekutuan. Parti UPKO (sebelumnya dikenali sebagai parti UNKO) misalnya pada suatu ketika dahulu pernah dikatakan anti-Persekutuan kerana membangkang kuat cadangan gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Parti UPKO juga dikatakan anti-Islam kerana hanya mewakili kepentingan masyarakat KadazanDusun dan Murut yang mana mereka telah mengenakan tuntutan "20 Perkara" sebagai syarat untuk Sabah menyertai Malaysia. Dakwaan ini bertambah teruk lagi apabila wujudnya persaingan dengan parti USNO yang mewakili masyarakat Islam di Sabah. Parti PBS yang muncul pada tahun 1985 juga pernah dituduh sebagai anti-Persekutuan kerana lantang menyuarakan hak kepentingan bumiputera Sabah kepada Kerajaan Pusat. Selain itu, terdapat juga banyak pendapat dan kenyataan yang menyatakan bahawa zaman pemerintahan Kerajaan PBS seolah-olah menindas masyarakat Islam. Oleh yang demikian, penyertaan dan peranan pemimpin Islam di dalam parti UPKO dan PBS akan dihuraikan di dalam kajian ini untuk menilai sama ada dakwaan dan tomahan yang pernah dilemparkan kepada parti ini adalah benar ataupun sebaliknya. Dalam menjalankan kajian ini, penulis akan menggunakan sebaik mungkin segala sumber (sumber pimer, sekunder, tinjauan kepustakaan, tinjauan arkib, mahupun temubual dengan individu yang terlibat) untuk mendapatkan fakta mengenai persoalan kajian yang cuba dijawab di dalam kajian ini. Hasilnya, penulis dapat memberikan gambaran bahawa dakwaan dan tomahan yang dilemparkan terhadap kedua-dua parti ini adalah tidak benar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: leadership , pemimpin upko dan pbs (1961-1994)
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 11:27
Last Modified: 13 Oct 2017 16:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5886

Actions (login required)

View Item View Item