Huda Syazwani Mohamad (2005) Kesan kepekatan nitrogen terhadap pertumbuhan dan komposisi biokimia chaetocerosc alcitrans di dalam medium conway. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000923.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kesan kepekatan nitrogen yang berlainan ke atas pertumbuhan dan komposisi biokimia Chaetoceros calcitrans. Media Conway dengan kepekatan nitrogen 0.10gmL' adalah media kultur kawalan manakala empat media kultur rawatan disediakan dengan pertambahan kepekatan nitrogen sebanyak 50% bagi setiap rawatan iaitu 0.15gmL', 0.20gmL', 0.25gmL-' dan 0.30gmL'. Pengiraan sel dengan menggunakan hemasiatometer dilakukan pada setiap hari untuk menentukan kadar pertumbuhan dan populasi sel di dalam setiap media kultur. Analisis klorofil-a dilakukan untuk menentukan tahap produktiviti sel. Analisis biokimia dijalankan untuk menentukan kandungan protein, lipid, abu dan bahan organik di dalam sel. Apabila dikultur di dalam media yang mengandungi kepekatan nitrogen yang lebih tinggi, sel C. calcitrans menunjukkan ketumpatan populasi dan kadar produktiviti yang lebih tinggi. Kesan nitrogen ke atas kandungan protein, lipid, abu dan bahan organik tidak dapat dipastikan dengan jelas. Kandungan biokimia sel bagi setiap rawatan juga tidak menunjukkan perbezaan yang bererti di antara satu sama lain. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan peningkatan kepekatan nitrogen meningkatkan kadar pertumbuhan sel tetapi tidak membawa kesan yang ketara ke atas komposisi biokimia sel C. calcitrans. Media dengan kepekatan nitrogen sebanyak 0.30gmL' adalah optimal untuk pertumbuhan sel tetapi bagi komposisi biokimia di dalam sel, media dengan kepekatan nitrogen 0.10gmL-' adalah memadai memandangkan peningkatan kepekatan nitrogen tidak mendatangkan perbezaan bererti terhadap kandungan biokimia di dalam sel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Chaetocerosc alcitrans , NITROGEN ,MEDIUM CONWAY |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 13 May 2013 11:41 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 17:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5911 |
Actions (login required)
View Item |