Kajian tentang status penghasilan kuih tradisional (kuih sagu)di pasaran Kota Kinabalu

Phang, Tze Liang (2005) Kajian tentang status penghasilan kuih tradisional (kuih sagu)di pasaran Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000929.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang status penghasilan kuih tradisional (kuih sagu) ini dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Antara objektif kajian ini ialah untuk menentukan status pasaran kuih tradisional iaitu kuih sagu di Kota Kinabalu, menentukan penerimaan pelajar-pelajar UMS terhadap kuih-muih tradisional Sabah, menentukan kandungan proksimat kuih sagu, menentukan hayat penyimpanan kuih sagu melalui analisis mikrobiologi dengan penyimpanan kuih sagu pada suhu bilik (25-28°C) dan 4°C dengan atau tanpa penyerap oksigen. Satu kajian tentang status pasaran kuih sagu telah dijalankan di Kota Kinabalu. Seramai 21 pembuat kuih sagu telah ditemuramah. Keputusan hasil kajian menunjukkan pasaran kuih sagu di Kota Kinabalu memang menggalakkan kerana 95.2% responden mengatakan kuih sagu dapat bersaing dengan kuih lain dari segi permintaan pasaran. Selain itu, terdapat juga 57.1% responden mengatakan sambutan pelanggan terhadap kuih sagu adalah baik dan 4.8% adalah sangat balk. Namun, keputusan kajian juga menunjukkan pengusaha kuih sagu masih memerlukan pengetahuan dan pendedahan kepada makiumat teknikal dalam aspek pemprosesan, pembungkusan dan pelabelan, sanitasi dan kebersihan serta kawalan mutu. Satu kajian untuk menentukan penerimaan pelajar-pelajar UMS terhadap kuih tradisional juga dijalankan di UMS. Didapati penerimaan pelajar-pelajar UMS terhadap kuih tradisional juga menggalakkan kerana keputusan menunjukkan 92% pelajar suka makan kuih tradisional dan 8% pelajar tidak suka makan kuih tradisional. Analisis proksimat juga dijalankan ke atas sampel kuih sagu yang dibeli daripada pembekal yang mempunyai penjualan kuih sagu yang terbaik. Hasil keputusan analisis proksimat menunjukkan kuih sagu mengandungi 54.86 ± 0.30% kandungan kelembapan, 0.48 ± 0.06% kandungan abu, 7.53 ± 0.11% kandungan lemak, 2.97 ± 0.08% serabut kasar, 1.92 ± 0.16% kandungan protein dan 32.25 ± 0.11 % kandungan karbohidrat. Analisis mikrobiologi juga dijalankan ke atas sampel-sampel kuih sagu yang disimpan pada suhu bilik dan 4°C dengan atau tanpa penyerap oksigen untuk menentukan hayat penyimpanan kuih sagu. Keputusan yang diperolehi daripada analisis mikrobiologi menunjukkan kuih sagu yang disimpan pada suhu bilik dengan atau tanpa penyerap oksigen mempunyai jangka hayat selama 1 had sahaja. Keputusan juga menunjukkan kuih sagu yang disimpan pada suhu penyimpanan 4°C mempunyai jangka hayat selama 3 had. Berdasarkan keputusan analisis mikrobiologi, kuih sagu yang disimpan pada suhu 4°C dengan penyerap oksigen dalam pembungkus plastik PP mempunyai jangka hayat selama 5 hari.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sagu
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 09:41
Last Modified: 13 Oct 2017 17:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5916

Actions (login required)

View Item View Item