Komposisi nutrisi dan aktiviti antioksidan buah limpasu (Baccaurea Lanceolata (miq. ) Müll. Arg.) untuk bahagian isi dan kulit pada tahap kematangan yang berbeza

Mahani Lim (2011) Komposisi nutrisi dan aktiviti antioksidan buah limpasu (Baccaurea Lanceolata (miq. ) Müll. Arg.) untuk bahagian isi dan kulit pada tahap kematangan yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001004.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tesis ini adalah untuk mengkaji komposisi nutrisi dan aktiviti antioksidan buah limpasu (Baccaurea Lanceolata) pada tahap kematangan yang berlainan. Buah limpasu merupakan buah yang kurang dikenali kerana buah ini tumbuh liar dalam pedalaman hutan tropika. Buah ini jenis bukan klimakterik dan bentuk buah limpasu adalah seperti buah langsat (Lansium Domesticum) dan berwarna kuningpucat apabila matang tetapi tekstur buah limpasu adalah keras dan kulitnya boleh dimakan bersama. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji analisis proksimat, vitamin C dan aktiviti antioksidan bahagian isi dan kulit buah limpasu pada indeks kematangan yang berbeza. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini termasuk analisis proksimat dan vitamin C adalah berdasarkan kaedah AOAC, 1999 dan spektrofotometer untuk kuantifikasi vitamin C. Manakala analisis jumlah kandungan fenolik (TPC) dan penentuan kuasa penurunan ferik antioksida (FRAP) menggunakan UV-Vis spektrofotometer. Walaupun buah limpasu mempunyai kandungan nutrisi yang rendah dalam lemak kasar (0.01 - 0.07%), serat kasar (2.35 - 6.05%) dan protein kasar (0.37 - 1.00%), ia mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dalam lembapan (73.12 - 81.56%), abu (7.82 - 12.55%) dan karbohidrat (4.84 - 8.12%). Kandungan vitamin C buah limpasu merosot (dari 1.16 mg/g kepada 0.11mg/g) apabila semakin matang kerana tindak balas oksidasi kimia dalam buah. Julat TPC yang diperoleh dalam pengekstrakan air suling, metanol dan dietil eter masing-masing dengan nilai 1.44 - 3.79 µg GAE/g, 2.45 - 5.65 µg GAE/g dan 1.23 - 4.94 µg GAE/g. Nilai FRAP yang paling tinggi ialah 6.72 µmol/g. Tren TPC yang semakin menurun diikuti oleh nilai FRAP dalam kesemua larutan pengekstrakan. Larutan pengekstrakan terbaik ialah metanol.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Baccaurea Lanceolata,composition and antioxidant, limpasu fruit, maturity stage
Subjects: Q Science > QK Botany
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 May 2013 09:07
Last Modified: 13 Oct 2017 16:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5966

Actions (login required)

View Item View Item