Geologi am dan kajian kestabilan cerun sepanjang jalan Kampung Peropot-Kampung Tontolob Liwan (KM13-KM25), Jalan Raya Ranau-Tambunan, Sabah

Yong, Ching Yun (2008) Geologi am dan kajian kestabilan cerun sepanjang jalan Kampung Peropot-Kampung Tontolob Liwan (KM13-KM25), Jalan Raya Ranau-Tambunan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000348.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian adalah di sepanjang jalan Ranau ke Tambunan, dari km 13-km 25. Kawasan kajian melingkungi kawasan yang luasnya hampir 100 km². Ia dibatasi oleh garis lintang dari 5°50'U hingga ke 5°54' U dan garis bujur dari 116°31' T hingga ke 116°37' T. Objektif kajian ini bertujuan mengkaji sifat fizikal dan kejuruteraan bahan cerun tanah dan cerun batuan serta menganalisis kestabilan cerun tanah dan batuan di kawasan kajian. Terdapat tiga jenis formasi di kawasan kajian, iaitu Formasi Trusmadi (paleosen-Eosen Awal), Formasi Crocker Timur (pertengahan-Eosen Akbir) dan Endapan Aluvium (Pleistosen-Holosen). Kestabilan cerun melibatkan 5 cerun tanah dan 5 cerun batuan. Ujian sifat fiziko-kimia tanah menunjukkan pH tanah yang berasid dan beralkali (6.l4-8.73), % kandungan kelembapan yang tinggi (15.68%-20.99%), kandungan bahan organik yang rendah (2.19%-3.16%), mempunyai gred dan isihan yang buruk (Cz < 1 ), indeks plastik yang sederhana (16.47%-18.92%), darjah pengembangan yang sederhana (10.00%-12.86%), aktiviti lempung yang nonnal (0.76-0.95), indeks kecairan yang berjulat -0.02 hingga 0.27, nilai graviti tentu berjulat 2.57 hingga 2.61, kekuatan ricih dari sangat lembut bingga lembut (16.55kN/m²-41.61kN/m²), kebolehtelapan yang sangat rendah (2.40 x 10��-2.35 x 10�� m/s) dan FK (faktor keselamatan) yang berjulat 1.19 bingga 1.96 (berpotensi). Manakala cerun batuan mempunyai indeks beban titik yang sederhana kuat hingga kuat (1.20-3.19 MPa), indeks kebolehtahanlasakan yang berjulat 53.44 hingga 93.82, kadar luluhawa II-IV dan FK berjulat 0.58 hingga 0.70 (tidak selamat). Faktor yang utama menyebabkan kegagalan cerun di sepanjang jalan raya ini ialah struktur geologi (zon sesar dan zon ricihan). Faktor-faktor lain yang menyebabkan kegagalan cerun adalah disebabkan oleh tumbuhan tutup bumi yang tidak mencukupi, kekerapan air hujan turun yang tinggi, cerun muka yang curam dan pemotongan cerun untuk aktivitt manusia yang tidak terkawal. Pelbagai teknik digunakan untuk pembaikpulihan cerun yang kurang stabil. Tujuan pembaikpulihan cerun dilakukan ialah untuk mengurangkan kesan enapan tanah, meningkatkan nilai kekuatan ricih tanah supaya keupayaan galas tanah bertambah, menambahkan FK dan mengurangkan kadar resipan dengan pengawalan air bumi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Engineering properties, Trusmadi formation, East Crocker formation, Quaternary alluvium deposits, Peropot Village-Tontolob Liwan Village (KM13-KM25), Ranau-Tambunan Road, Sabah
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Dec 2011 16:36
Last Modified: 12 Oct 2017 13:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/610

Actions (login required)

View Item View Item