Wong, Dylan Lian Sim (2008) Geologi am dan kajian kestabilan cerun di kawasan Ranau-Kg. Peropot (KM0-KM12) sepanjang jalan Ranau-Tambunan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000345.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kawasan kajian bertumpu di Ranau-Tambunan (T 116°36'-116°40' dan U 5°54'- 5°58'). Objektif kajian termasuklah mengkaji aspek geologi am kawasan kajian, mengkaji sifat fizikal dan kejuruteraan bahan cerun tanah dan cerun batuan, menganalisis kestabilan cerun tanah dan batuan, mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan cerun, memberi cadangan untuk meningkatkan kestabilan serta kaedah pembaikpulihan cerun-cerun, dan menghasilkan peta geologi terkini di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada 3 jenis unit batuan, iaitu Formasi Trusmadi (paleosen Bawah-Eosen Atas) yang dicirikan oleh batuan argilit gelap yang dominan yang berselang lapis dengan batu lodak dan batu pasir serta kataklasit; Formasi Crocker (Oligosen-Eosen Atas) dicirikan oleh batu pasir dominan dan berselang lapis dengan syal, syal, batu lodak dan batu lumpur dan Endapan Aluvium (Kuartener-Resen) terdiri daripada campuran kerikil, pasir dan lumpur. Analisis petrografi mendapati bahawa sampel batuan yang dikaji dalam kawasan kajian dicirikan oleh butiran yang halus, hampir bersudut dengan mineralogi dan tekstur yang muda yang dikategorikan dalam 'arkos wak'. Daripada analisis geologi struktur yang dibuat, didapati bahawa daya canggaan yang bertindak ke atas kawasan kajian adalah bertren Timur Laut-Barat Daya. Sampel-sampel tanah didapati bersifat kealkalian sederhana dan kealkalian sedikit (7.70-8.41), kandungan kelembapan sederhana (10.65%-14.64%), kandungan organik sangat rendah bingga rendah (0.29%-2.54%), dan dikelaskan sebagai 'lempung' dan' lempung berpasir dan berlodak'. Sampel-sampel didapati berkeplastikan rendah (22.99%-26.03%). Kekuatan ricih tanah dikelaskan sebagai rendah (11.17 kPa-29.87 kPa) dan sampel-sampel tanah adalah tidak telap (9.13 xl0¯� m/s-S.8S4 xl0¯�m/s). Sampel batuan pula dikelaskan sebagai sederhana kuat (1.155 MPa-1.242 MPa). Analisis model hirisan mudah menunjukkan kelima-lima cerun tanah adalah berpotensi untuk gagal dan tidak selamat (faktor keselamatan tanpa geseran: 0.12-0.66). Keputusan analisis Markland pula menunjukkan kelima-lima cerun batuan lebih cenderung untuk mengalami kegagalan cerun jenis baji.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | General geology, Trusmadi formation, Alluvium deposition, Crocker formation, Petrography analysis, Ranau-Tambunan, Sabah |
Subjects: | Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 25 Jan 2012 14:44 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 13:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/613 |
Actions (login required)
View Item |