Kajian pengekstrakan dan penentuan sifat protease daripada lateks Mangifera Laurina Blume

Teng, Leh Chiao (2011) Kajian pengekstrakan dan penentuan sifat protease daripada lateks Mangifera Laurina Blume. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001058.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti enzim protease daripada lateks Mangifera Laurina Blume dengan suhu dan pH yang berbeza. Suhu optimum dan kestabilan suhu protease dikaji pada julat suhu 10°C hingga 80°C dengan menggunakan penimbal yang sama manakala pH optimum dan kestabilan pH protease dikaji dengan pH 1 hingga pH 10 pada suhu 37°C. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan significan (p< 0.05) antara faktor suhu dan pH dengn nilai CDU/mg. Didapati protease Mangisfera Laurina Blume mempunyai aktiviti maksimum pada pH 6 dan pada suhu 60°C. Protease Mangifera Laurina Blume mengalami penyaktifan apabila melebihi pH 6 dan suhu 60°C kerana perubahan struktur tapak aktif enzim protease berlaku mengakibatkan aktiviti protease menurun. Julat kestabilan protease Mangisfera Laurina Blume adalah antara pH 4 hingga pH 8 dan protease Mangifera Laurina Blume dapat mengekalkan aktivitinya sehingga ke suhu 70°C. Enzim protease Mangisfera Laurina Blume akan mengalami penyahaktifan tak berbalik jika tiada dalam julat pH dan suhu ini. Daripada keputusan yang diperolehi, kajian ini menunjukkan enzim protease mempunyai julat pH dan suhu yang luas dan ini membolehkan protease Mangifera Laurina Blume sesuai dan berpotensi digunakan untuk industri makanan seperti penggumpalan susu untuk menghasilkan keju tetapi protease ini mungkin tidak sesuai diaplikasikan dalam detergen pencucian kerana enzim detergen pencucian memerlukan protease yang stabil dan aktif pad a pH beralkali tetapi protease Mangifera Laurina Blume adalah tidak aktif dan stabil pada pH beralkali.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: protese, latex, mangifera laurina blume, alkaline
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Jun 2013 14:55
Last Modified: 13 Oct 2017 17:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6147

Actions (login required)

View Item View Item