Lim, Shi Khim (2007) Lokus kawalan di kalangan pelajar program matematik dengan ekonomi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001132.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengkategorikan sifat lokus kawalan di kalangan pelajar yang mengambil program Metematik dengan Ekonomi di Universiti Malaysia Sabah iaitu seramai 177 orang pelajar. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Lokus Kawalan Dalaman-Luaran Rotter (Rotter Internal-External Scale) bagi menentukan orientasi lokus kawalan pelajar sarna ada bersifat lokus kawalan dalaman sifat neutral atau bersifat lokus kawalan luaran. Skor yang diperoleh dari soal selidik ini dianalisis untuk menentukan sarna ada terdapat hubungan dengan faktor demografi, pencapaian PNGK pelajar dan perbezaan lokus kawalan mengikut jantina dan tabun pengajian. Ujian yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian Khi kuasa dua, ujian korelasi ujian t ketaksandaran dan ANOVA satu hala. Pada keseluruhannya didapati sebahagian besar pelajar sebanyak 43.5% bersifat lokus kawalan luaran iaitu kebanyakkan pelajar percaya bahawa sesuatu yang terhasil adalah di bawah kawalan faldor luaran seperti manusia, nasib atau takdir, namun diri sendiri tidak berupaya mengubah keadaan. Hasil keputusan yang diperoleh menunjukkan tiada hubungan lokus kawalan dengan faktor demografi dan pencapaian PNGK pelajar. Perbezaan min skor Iokus kawalan antara pelajar lelaki dan perempuan didapati tidak signifikan dan juga tiada perbezaan yang signifikan antara tabun pengajian.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | locus of control, gender, demographic factor, ANOVA |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 Jun 2013 14:03 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6296 |
Actions (login required)
View Item |