Nor Zainizai Zainuddin (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan utara Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000327.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Lokasi kawasan kajian terletak di bahagian Utara Tuaran, Sabah. Kawasan kajian ini dibatasi longitud 116° 11' T hingga 116° 17' T dan latitud 06° 10' U hingga 06° 12 'U. Kawasan topografi tinggi terletak di bahagian timur kawasan kajian ini, di mana ketinggiannya melebihi 100m. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan Aluvium Kuatemari. Litologi Formasi Crocker di kawasan kajian ini dibahagikan kepada tiga unit, iaitu unit batu pasir tebal. Kajian morfologi mendapati sistem sungai utama adalah peringkat tua manakala pola saliran anak sungai adalah berbentuk reranting. Kajian petrografi menunjukkan batu pasir Formasi Crocker adalah jenis Greiwak Litik. Analisis struktur lipatan kekar menunjukkan arah tegasan maksima (P) adalah bertindak pada Barat Laut – Tenggara dan Timur Laut - Barat Daya. Analisis struktur sesar sungkup adalah bertindak pada arah Tenggara - Barat Laut. Secara keseluruhannya, arah daya canggaan di kawasan kajian ini adalah berorientasikan arah Barat Laut - Tenggara dan Timur Laut - Barat Daya.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | General geology, Structure geology, Crocker formation, Aluvium quaternary, Tuaran |
Subjects: | Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 24 Nov 2011 15:52 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 14:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/636 |
Actions (login required)
View Item |