Geologi am dan kestabilan cerun di Kundasang-Ranau melalui jalan utama Tamparuli-Sandakan

Ku Asyraff Ariff Ku Hilmy (2006) Geologi am dan kestabilan cerun di Kundasang-Ranau melalui jalan utama Tamparuli-Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000325.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Kundasang ke Ranau yang meliputi keluasan kira-kira 90 kilometer persegi. Kawasan ini dibatasi garis longitud 116° 33' T hingga 116° 39'T dan garis latitud 5°56'U Hingga 6°00'U. Lima unit batuan utama di kawasan kajian ialah Formasi Trusmadi yang berusia Kapur Lewat bingga Miosen Awal, Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir bingga Miosen Awal, Intusif Igneus berusia Miosen Tengah hingga Miosen Akhir, Pinosuk kelilikir yang berusia Pliosen Atas serta endapan Aluvium Kuartener yang berusia Resen. Kajian Kestabilan cerun melibatkan lima cerun tanah dan empat cerun batuan. Ujian sifat fiziko-kimia tanah menunjukkan kandungan kelembapan cerun tanah berjulat antara 9.72% hingga 13.14%, nilai pH beIjulat antara 5.97 bingga 8.67, kandungan bahan organik antara 1.17% bingga 5.64%. Sampel S4 menunjukkan nilai kebolehtelapan yang paling tinggi iaitu 8.45 x 10³ m/s manakala yang paling tinggi ditunjukkan oleh sampel S1 iaitu 6.51 x l0³ mls di mana ia masih dikelaskan sebagai sederhana iaitu a1iran air masih boleh mengalir tetapi kurang lancar. Nilai daya kejelekitan menunjukkan sampel S2 menunjukkan bacaan terendah iaitu 6.38 kN/m² manakala S5 menunjukkan bacaan tertinggi iaitu 17.31 kN/m². Nilai Faktor keselamatan (FK) pula menunjukkan hanya cerun S2 sahaja yang menunjukkkan tidak selamat dengan nilai di bawah dari 1.0. Nilai kekuatan menunjukkan keempat-empat cerun batuan dalam kelas sederhana lemah dengan yang paling tinggi adalah 12.26 Mpa iaitu cerun R2 manakala yang terendah adalah cerun R3 dengan nilai 9.74 Mpa. Ujian Markland menunjukkan ke empat-empat cerun batuan selamat namun terdapat beberapa jenis kegagalan yang boleh berlaku seperti kegagalan baji, lingkaran dan satah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Kundasang to Ranau road, Tamparuli to Sandakan road
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Nov 2011 14:36
Last Modified: 12 Oct 2017 14:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/638

Actions (login required)

View Item View Item