Loo, Peng Hock (2005) Regenerasi Centella asiatica daripada kalus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000321.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kepekatan hormon yang sesuai untuk regenerasi Centella asiatica daripada kalus. Eksplan daun disterilkan dengan etanol 70% (v/v) diikuti dengan klorox 10% (v/v) + 3 titisan Tween 20. Eksplan daun C. asiatica dikulturkan. Kalus daripada eksplan daun diaruh dengan media pengaruhan kalus yang terdiri daripada media MS dengan 0.22mg/1 2,4-D dan 0.23mg/1 BAP. Kalus yang terbentuk adalah berwarna kuning dan friable. Empat jenis kombinasi hormon digunakan untuk mengkaji regenerasi daripada kalus C. asiatica. Media-media regenerasi adalah media MS + 2,4-D (0.00mg/1 - 0.05mg/I), media MS + NAA (0.00mg/1 - 0.20mg/I), media MS + 0.02mg/1 2,4-D + BAP (0.00mg/l, 0.20mg/l, 0.40mg/l, 0.60mg/1 dan 0.80mg/l) serta media MS + 0.80mg/1 BAP + lBA (0.00mg/l, 0.01 mg/l, 0.02mg/l, 0.03mg/l, 0.04mg/l dan 0.05mg/l). Pada media yang dibekalkan dengan auksin sahaja sarna ada 2,4-D atau NAA, eksplan kalus terns tumbuh dan akar terbentuk daripada kalus. Kalus pada kedua-dua media regenerasi ini adalah berwama kuning. Pada media MS dengan kombinasi hormon 2,4-D + BAP serta lBA + BAP, kedua-duanya rnenghasilkan kalus yang berwama hijau. Media D4 dan ES memberikan peratusan pertumbuhan kalus hijau yang tertinggi iaitu 86.67 ± 5.44% dan 93.33 ± 13.34% masing-masing. Namun begitu, tiada pucuk atau embrio somatik yang terhasil sepanjang kajian ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Regeneration of Centella asiatica, Callus asiatica, Centella asiatica |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 Nov 2011 10:20 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 14:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/644 |
Actions (login required)
View Item |