Norul Balkis Md. Yusoff (2005) Bioaktiviti ekstrak kloroform Zingiber Ottensil. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000320.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan menggunakan ekstrak kloroform Zottensii, salah satu spesis Zingiberaceae. Ujian yang dijalankan adalah untuk membandingkan aktiviti antioksidaan, sitotoksik dan antibakteria bagi bahagian yang berlainan pada tumbuhan ini. Tumbuhan yang dikaji dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rizom, batang dan daun. Sampel kemudian diekstrak dengan n-heksana dan seterusnya kloroform. Ekstrak kloroform Zottensii bagi rizom menunjukkan sifat antioksidaan yang tinggi (I%- 41.57) berbanding batang (9.52%) dan daun (13.81%). Dalam menjalankan ujian ini, kaedah perlekatan radikal bebas menggunakan DPPH digunakan. Untuk ujian sitotoksik, ujian dilakukan berdasarkan pendedahan ekstrak kloroform Zottensii bagi lima kepekatan yang berbeza terhadap Artemia salina. Untuk LC50 akut, nilai ketoksikan relatif bagi rizom adalah 1.00, daun (0.94) dan batang (0.89). Untuk LC50 kronik, ketoksikan batang adalah 1.32 berbanding rizom (0.99) dan daun (0.64). Ketoksikan ini dibandingkan dengan piawai kalium dikromat. Untuk ujian antibakteria, semua keputusan adalah negatif bagi bahagian yang berbeza pada kepekatan 50 mg/ml. Bakteria yang digunakan adalah Escherichia coli (gram negatit), Bacillus subtilis (gram positit) dan Staphylococcus aureus (gram positif).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Extract of Zottenssi, Zingiberaceae species, Antioxidant activity, Cytotoxicity activity, Antibacterial activity |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 Nov 2011 10:06 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 14:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/645 |
Actions (login required)
View Item |