Kajian residu pestisid organoklorin jenis endosulfan dalam sampel tanah di kawasan penanaman sayur di Penampang

Sharifah Maryam Sayed Mohammad (2005) Kajian residu pestisid organoklorin jenis endosulfan dalam sampel tanah di kawasan penanaman sayur di Penampang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000318.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian residu organoklorin jenis endosulfan dalam tanah telah dijalankan di kawasan penanaman sayur-sayuran di Penampang, Sabah. Kehadiran residu endosulfan yang dikesan adalah berkaitan dengan penggunaannya dalam aktiviti pertanian secara berterusan selama lebih kurang tiga tahun. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kepekatan residu endosulfan dalam tanah yang sedia ada di lokasi kajian dan untuk mengetahui tren perubahan kepekatan endosulfan dalam tanah sepanjang penanaman sehinggalah waktu penuaian. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui perbezaan kepekatan endosulfan dalam tanah pada plot-plot sayuran tersebut pada 2 kedalaman yang berbeza iaitu 0-10 em dan 10-25 em. Alat kromatografi gas dengan pengesan GC-ECD telah digunakan untuk menentukan jenis dan paras residu endosulfan dalam tanah. Purata jumlah residu p-endosulfan yang dikesan adalah dalam Iinkungan 0.642 ± 0.222 ppm hingga 4.802 ± 0.914 ppm. Manakala jumlah residu endosulfan sulfat pula adalah dalam lingkungan 1.984 ± 0.330 ppm hingga 20.073 ± 5.844 ppm. Secara keseluruhannya, lapisan tanah dengan kedalaman 0-10cm mempunyai kepekatan endosulfan yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Endosulfan residues, Organochlorine, Soil, Cultivation, Penampang, Sabah
Subjects: ?? SB950-990.5 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Nov 2011 09:41
Last Modified: 12 Oct 2017 14:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/647

Actions (login required)

View Item View Item