Hanisah Hashir (2007) Tahap serapan sinaran di permukaan laut sekitar Pulau Gaya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001189.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Setiap hari kita sentiasa terdedah kepada sumber-surnber radiasi di sekeliling kita. Radiasi ini adalah tidak berbahaya jika dos serapannya tidak melebihi nilai piawai yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Unit-unit dan Perlindungan Radiologi (ICRP). Tahap radiasi di setiap tempat adalah berbeza mengikut faktor-faktor yang mempengaruhinya. Antaranya ialah kadar keamatan sinaran matahari dan juga jumlah radiasi yang dikeluarkan oleh pereputan unsur-unsur radioaktif yang terkandung secara semula jadi di dalam batuan dan tanah di bumi ini. Dalam disertasi ini, setelah bacaan kadar dos serapan diambil dengan menggunakan tiub Geiger-Muller didapati bahawa nilai radiasi untuk pennukaan laut cetek ialah 0.294 µSv/j, pennukaan laut dalam sebanyak 0.369 µSv/j dan pennukaan laut berbatu karang pula adalah paling tinggi iaitu sebanyak 0.497 µSv/j. Manakala tahap radiasi di permukaan laut yang sedang mengalami 'red tide' adalah yang paling rendah iaitu 0.335 µSv/j. Walaubagaimanapun dapat dibuat rumusan bahawa tahap radiasi di permukaan laut sekitar Pulau Gaya masih di bawah paras selamat iaitu tahap yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Unit-unit dan Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang awam iaitu sebanyak 5 mSv setahun.
| Item Type: | Academic Exercise |
|---|---|
| Keyword: | radiation level, sea surface, International Commission of Radiology Protection (ICRP), radioactive, sun illumination rate, total radiation produce |
| Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
| Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
| Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
| Date Deposited: | 04 Jul 2013 16:37 |
| Last Modified: | 23 Oct 2017 14:29 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6487 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

