Geologi am dan kajian kestabilan cerun di sepanjang jalan raya Tamparuli menuju Pekan Nabalu (KM44-KM69) Jalan raya KK-Ranau

Muhammad Nussirwan Adil Abd. Rahman (2006) Geologi am dan kajian kestabilan cerun di sepanjang jalan raya Tamparuli menuju Pekan Nabalu (KM44-KM69) Jalan raya KK-Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000316.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Tamparuli, iaitu kira-kira 40km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan ini dibatasi oleh garis lintang 6° 04'U hingga 6° 08'U dan garis bujur 116° 21 'T hingga 116° 27'T. Kawasan kajian terletak dalam Formasi Crocker yang terdiri daripada 3 unit litologi iaitu batu pasir tebal, selang lapis batu pasir dengan syal dan syal tebal. Formasi ini mewakili gred luluhawa yang tinggi dan berkekuatan lemah serta mudah runtuh terutama pada musim basah atau hujan yang lebat. Ricihan syals satah perlapisan dan kekar merupakan struktur yang lemah dan mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Sebanyak enam sampel tanah dan empat sampel batuan telah telah diambil untuk membuat analisis kestabilan cerun. Analisis kajian makmal bagi sampel tanah digunakan untuk penentuan sifat fizikal dan sifat kejuruteraan tanah. Manakala sampel batuan pula digunakan untuk analisis mekanik batuan; Analisis kestabilan cerun pula melibatkan ujian Markland bagi menentukan potensi kegagalan cerun batuan dan kaedah Hirisan bagi menentukan faktor keselamatan bagi cerun tanah. Hasil ujian makmal ke atas enam sampel tanah mendapati bahawa semua tanah tersebut mempunyai nilai pH yang berasid dengan julat antara 5.93 hingga 4.80. Kandungan kelembapan yang berjulat antara 6.87% hingga 13.59%. Kandungan bahan organik berjulat antara 1.25% hingga 2.20%. Manakala ketumpatan graviti secara purata adalah sekitar 2.70. Sampel-sampel tanah ini dikelaskan sebagai lempung pasir berlodak dan juga lempung. Ujian Had Atterberg menunjukkan sampel tanah mempunyai keplastikan yang rendah hingga ke sederhana. Had cecair berjulat antara 27,57% hingga 41.79%, had plastik berjulat antara 16.81% bingga 27.88%. Ragi analisis sifat kejuruteraan tanah, nilai ketumpatan kering maksima dan kandungan kelembapan yang optima adalah berjulatantara 1.85gcm-3 hingga 1.87gcm-3 dan 11.23% bingga 19.31%. Semua sampel tanah ini mempunyai pekali kebolehtelapan yang rendah berjulat antara 1.27xl0-3 hingga 3.49xl 0-4. Nilai kejelekitan tanah pula adalah berjulat antara 4.13 bingga 12.09. Ujian mekanik batuan pula mendapati bahawa sampel batuan yang dikaji mempunyai nilai kekuatan mampatan unipaksi yang berjulat antara 5.0mPa hingga 9.5mPa yang dikategorikan sebagai sederhana lemah. Analisis kegagalan cerun yang dilakukan terhadap cerun batuan menunjukkan semua cerun ini berpotensi untuk gagal. Ragam kegagalan yang dijangka berlaku adalah dari jenis baji dan planar berdasarkan kehadiran set-set kekar. Analiss kestabilan cerun tanah pula menunjukkan bahawa semua cerun tanah yang dikaji adalah gagal. Nilai faktor keselamatan yang diperolehi bagi lima cerun tanah adalah 0.97. 0.99, 0.86, 0.89 dan 0.77 menunjukkan bahawa cerun-cerun ini adalah tidak selamat dan kritikal. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun adalah seperti geologi, morfologi, fizikal dan perbuatan manusia. Pengurangan kekuatan rioih dan pertambahan tegasan ricih pada cerun menyebabkan belakunya kegagalan cerun. Kaedah penambahbaikan yang bersesuaian perlu dilaksanakan kawasan yang bercerun untuk mengurangkan kes-kes kegagalan cerun serta menjamin keselamatan awam.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Tamparuli, Kota Kinabalu, Road structure
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Nov 2011 15:11
Last Modified: 12 Oct 2017 14:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/649

Actions (login required)

View Item View Item