Penyediaan dan pencirian bahan pateri bebas plumbum aloi Stanum-Argentum-Kuprum (Sn-Ag-Cu)

Mohd Ridzuan Ishak (2007) Penyediaan dan pencirian bahan pateri bebas plumbum aloi Stanum-Argentum-Kuprum (Sn-Ag-Cu). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001192.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Bahan pateri stanum-argentum-kuprum dengan peratusan di antara 98%Sn-1 %Ag- 1 %Cu hingga 84%Sn-8%Ag-8%Cu disediakan dengan menggunakan teknik peleburan di mana tiga jenis logam iaitu stanum (Sn), argentum (Ag) dan kuprurn (Cu) dileburkan di dalam relau pemanasan. Sampel yang dihasilkan di ukur kerintangan dan kekonduksian dengan menggunakan kaedah penduga empat titik. Sampel ini disediakan untuk memilih peratusan campuran stanum-argentum-kuprum yang paling sesuai untuk menggantikan stanum-plumbum sebagai aloi pateri bebas plumbum. Sampel 8 dengan peratusan 84%Sn-8%Ag-8%Cu merupakan sampel yang mempunyai kerintangan paling rendah iaitu 57.0 x 10-7 Q..cm dan kekonduksian yang paling tinggi iaitu 175 x 103 n -1cm-1 serta sesuai digunakan sebagai aloi pateri bebas plumbum. Selain itu juga, bahan sampel altenatif yang boleh digunakan sebagai aloi pateri bebas plumbum ialah sampel 7 dengan peratusan 86%Sn-7%Ag-7%Cu kerana sampel ini juga mempunyai kerintangan yang agak rendah dan kekonduksian yang tinggi serta mempunyai campuran bahan argentum dan kuprum dengan peratusan yang kecil iaitu 7% sahaja. Pertambahan lagam argentum dan kuprum dalam peratusan sampel menyebabkan kerintangan menurun. Secara kesimpulannya, aloi pateri bebas plumbum yang sesuai untuk menggantikan aloi pateri berplumbum adalah stanum-argenturn-kuprum dengan peratusan 84%Sn-8%Ag-8%Cu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Stanum (Sn), Argentum (Ag), Copper (Cu), metal, lead-free alloy solder
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jul 2013 11:49
Last Modified: 23 Oct 2017 14:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6493

Actions (login required)

View Item View Item