Analisis kemalangan jalan raya di Sabah mengikut jenis jalan dari tahun 2001 hingga 2005

Chieng, Soon Kwong (2007) Analisis kemalangan jalan raya di Sabah mengikut jenis jalan dari tahun 2001 hingga 2005. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001196.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Walaupun pelbagai kajian tentang kemalangan jalan raya telah dijalankan, namun kajian mengenai kategori jenis jalan adalah jarang sekali dilakukan. Kajian disertasi ini bertujuan untuk mengkaji masalah kemalangan jalan raya dari segi kategori jenis jalan. Data kajian dari tahun 2001 hingga tahun 2005 adalah data sekunder yang diperoleh daripada pejabat Trafik Kontinjen Sabah mengikut bulan. HasH kajian ini menunjukkan bahawa Jalan Persekutuan mencatatkan bilangan kes kemalangan jalan raya yang tertinggi, iaitu sarna ada secara tahunan ataupun secara bulanan. Kaedah korelasi telah digunakan untuk mengkaji hubungan di antara jenis jalan dengan tahap kecederaan kemalangan. Manakala ANOV A Dua Hala pula digunakan untuk mengkaji kesan interaksi antara jenis kategori jalan dengan jenis tahap kecederaan kemalangan. Keputusan bagi kaedah korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang wujud di antara jenis kemalangan parah dan rosak di Jalan Persekutuan. Hasil analisis ANOV A menunjukkan bahawa jumlah kes kemalangan yang berlaku di setiap kategori jalan adalah tidak sarna dan jenis tahap kecederaan kemalangan yang berlaku juga adalah tidak sarna. Selain itu, terdapat kesan interaksi yang wujud di antara jenis jalan dengan jenis tahap kecederaan kemalangan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: analysis accident, type of road, seriousness of accident, Analysis of Variances (ANOVA)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jul 2013 11:56
Last Modified: 23 Oct 2017 14:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6497

Actions (login required)

View Item View Item