Tan, Boon Khai (2004) Pembinaan dan pengujian litar penerima FM audio yang diguna bersama komputer multimedia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001197.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
MatIamat kajian ini adalah untuk membina sebuah penerima pemodulatan frekuensi (FM). Penerima FM dapat ditala antara 88.0 MHz hingga 108.0 MHz. Penerima FM berfungsi untuk menerima isyarat yang dipancarkan daripada pemancar yang juga bertala FM dan menyahmodulasikan isyarat yang diterima kepada isyarat asal. Penerima FM ini dibina dengan menggunakan litar bersepadu demi menghasiikan sebuah penerima FM yang bersaiz kecil dan berkuasa rendah di mana litar bersepadu ini mengandungi kesemua fungsi sesebuah penerima. Selepas itu, pengujian dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri penerima FM termasuk gelombang pembawa pemodulatan frekuensi, amplitud keluaran dan kualiti isyarat penerimaan. Analisis dijalankan berdasarkan keputusan yang diperolehi. Bentuk gelombang pernbawa FM didapati berbentuk sinusoidal. Amplitud isyarat keluaran sebelum diamplifikasi dan selepas diarnplifikasi adalah 0.035 V dan 0.11 V masing-masing. Kualiti isyarat penerimaan adalah baik dimana julat perbezaan antara frekuensi dijana dan frekuensi diterima adalah kurang daripada 2%. Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini akan menghasilkan sebuah penerima FM yang dapat rnenerima dan menyahmodulasi isyarat pembawa kepada isyarat asal yang dihantar oleh pernancar FM.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | electronic receiver circuit, Frequency modulation (FM), Integrated circuit (IC), transmitter, amplified, characteristic of frequency demodulation, signal waveform |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 09 Jul 2013 11:39 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 14:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6501 |
Actions (login required)
View Item |