Penaksiran hutan paya bakau menggunakan data satelit di hutan simpan Padas Damit, Beaufort Sabah

Asilah Al Has Abdul Latif (2007) Penaksiran hutan paya bakau menggunakan data satelit di hutan simpan Padas Damit, Beaufort Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001223.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai pentafsiran perubahan hutan paya bakau telah dijalankan di sekitar kawasan Hutan Simpan Padas Damit, Beaufort, Sabah. Matlamat utama menganalisa perubahan hutan paya bakau bagi tabun 1999 hingga 2005 dengan menggunakan aplikasi teknologi penderiaan jauh (remote sensing) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Bagi menjalankan kajian ini , dua imej Landsat-7 TM (tabun 1999) dan imej Landsat -5 TM (tabun 2005) yang diperolehi daripada Makmal Remote Sensing/GIS Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) telah digunakan. Perisian ERDAS IMAGINE Versi 8.5 telah digunakan dalam memproses data digital. Prosedur pemprosesan imej yang digunakan adalah keratan imej, penjelasan imej, pengklasifikasian imej dan penilaian kejituan anaIisis (accuracy assessment). Hasil kajian yang didapati melalui penilaian penafsiran ketepatan (accuracy assessment) bagi hutan paya bakau pada tahun 1999 secara puratanya adalah sebanyak 77.34 % dengan litupan keluasan seluas 7310.97 ha. Manakala penafsiran ketepatan bagi pengelasan hutan paya bakau pada tabun 2005 ha secara puratanya adalah sebanyak 88.02% dengan litupan kawasan seluas 5790.87 ha Maka melaIui hasil kajian ini perubahan keluasan keseluruhan taburan hutan paya bakau di kawasan kajian adalah sebanyak 1520.1 ha . Perubahan ini disebabkan oleh penggunaan tanah terutamanya pembukaan kolam agrikultur. Perubahan taburan hutan paya bakau yang ketara terletak di kawasan Sg. Sinapokan dan Sg. Terusan Buang Alam di mana sebanyak 546.61 ha mengalami penyahutanan hutan paya bakau dari tahun 1999 sehingga 2005 disebabkan penggunaan tanah yang giat di sekitar kawasan seperti penempatan penduduk.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mangrove forest, Remote Sensing and Geographic Information System (GIS), shrimp pond, image subset, reserve forest
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Jul 2013 13:20
Last Modified: 23 Oct 2017 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6566

Actions (login required)

View Item View Item