Ibtihal Jusoh (2007) Taburan nutrien (N03 & P04) dan klorofil a di perairan Teluk Mengkabong, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001225.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian taburan nutrien (N03 dan P04) dan klorofil a telah dijalankan di Teluk Mengkabong pada November dan Disember 2006. Terdapat 10 stesen yang telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Objektif kajian adalah untuk menentukan kepekatan nitrat dan fosfat, mengkaji pengaruh nitrat dan fosfat terhadap taburan fitoplankton di Teluk Mengkabong dan pengaruh kedalaman air terhadap kepekatan klorofil a, nitrat dan fosfat. Parameter in-situ yang dikaji adalah suhu, pH, kekonduksian, saliniti dan DO. Kaedah yang digunakan untuk analisis nitrat dan fosfat adalah masing-masing yang disyorkan oleh Christian (1994) dan Valderrama (1995). Kepekatan klorofil a ditentukan melalui kaedah monometrik American Public Health Association (APHA) (2000). Kandungan TSS ditentukan melalui kaedah yang dicadangkan oleh APHA (1985). Min nilai kepekatan nitrat yang didapati adalah 3.00 ± 1.78 mg1-1. Min nilai kepekatan fosfat yang didapati adalah 0.04 ± 0.03 mg 1-1. Kajian mendapati bahawa di kawasan Teluk Mengkabong, kepekatan klorofil a tidak dipengaruhi oleh N03 dan P04• Kepekatan klorofil a juga adalah tidak berbeza secara signifikan mengikut kedalaman air. Berdasarkan kajian ini, bagi parameter nutrien, klorofil a dan in-situ, Teluk Mengkabong mematuhi piawai INWQS pada Kelas IIB. lni menunjukkan bahawa kawasan Teluk Mengkabong masih sesuai digunakan untuk kegunaan aktiviti rekreasi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | nutrients (N03 and P04), chlorophyll a, phytoplanktons, influence, concentration |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Jul 2013 13:33 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6568 |
Actions (login required)
View Item |