Ling, Yew Lung (2011) Kesan kaedah rawatan haba terhadap sifat-sifat fizikal, mekanikal, struktur anatomi dan warna kayu jati (Tectona grandis). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000184.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Dalam kajian ini, kayu Jati telah diberi rawatan haba dengan minyak kelapa sawit. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menentukan kesan rawatan haba secara redaman minyak terhadap sifat fizikal, mekanikal, struktur anatomi sel dan warna kayu jati sebelum dan selepas rawatan. Teknik rawatan ini menggunakan suhu, tempoh masa rawatan, posisi balak, jenis kayu dan umur pokok sebagai parameter. Tahap suhu yang digunakan adalah 160°C, 200°C, dan 240°C, Tempoh rawatan selama 60 minit, 120 minit dan 180 minit. Parameter umur pokok yang dipilih adalah 10 tahun, dan 15 tahun. Jenis kayu adalah keyu teras dan kayu gubal, serta posisi kayu yang dipilih adalah pangkal (25% ketinggian), tengah (50% ketinggian) dan atas (75% ketinggian). Sifat fizikal kayu yang dirawat didapati amat dipengaruhi oleh faktor suhu dan tempoh rawatan. Bagi peratus kandungan lembapan nilainya menurun lebih dari 50% dengan aplikasi rawatan haba dengan peningkatan suhu dan tempoh rawatan. Kesan daripada penyerapan minyak menyebabkan berlaku peningkatan ketumpatan asas lebih dari 50 kg/m3. Rawatan haba ini juga dapat meningkatkan kestabilan dimensi kayu Jati, ini juga disebabkan oleh penyerapan kemungkinan minyak diserap masuk ke dalam sel-sel vesel kayu. Dalam masa yang sama kayu yang telah dirawat dengan rendaman minyak telah mengalami penurunan ketumpatan maksimum lebih daripada 30% kerana penyejatan kandungan air dalam kayu dan sebahagian ruang sel diganti oleh minyak yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah. Perubahan mekanikal selepas kayu dirawat dengan rendaman minyak didapati terdapat penurunan bagi kekuatan modulus pecahan iaitu lebih daripada 60% begitu juga dengan modulus kekenyalan dan, kekuatan mampatan. Dalam kajian ini, vesel dan parenkima diperhatikan dengan bantuan Scanning Electron Microscope (SEM). Daripada imej yang diperhatikan menunjukan perbezaan yang signifikan antara kayu gubal dan kayu teras. Diameter vesel, luas vesel dan ketebalan parenkima kayu menunjukkan penurunan yang ketara pada suhu rawatan 200°C dan 240°C. Merawat kayu pada suhu dan tempoh rawatan yang tertentu boleh mempertingkatkan penampilan warna kayu. Perubahan warna pada kayu gubal dan kayu teras diukur dengan menngunakan Minolta Chroma-meter CR-310 dan keputusannya ditampilkan berdasarkan sistem warna koordinat iaitu CIE L *a* b* . Hasil keputusan ini menunjukkan bahawa peningkatan suhu pada tempoh rawatan tertentu menggelapkan tisu kayu. Penurunan di dalam nilai-nilai L * menggelapkan permukaan kayu sementara peningkatan nilai-nilai a* menyebabkan warna kayu berubah menjadi lebih merah dan penurunan nilai-nilai b* menyebabkan penurunan warna kuning pad a kayu.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | heat treatment, palm oil, damping oil, teak wood, pH, duration of treatment, temperature, darkened wood tissue |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of International Tropical Forestry |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Jul 2013 13:21 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 15:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6575 |
Actions (login required)
View Item |