Kemampuan 'bahasa filem' dalam memberi kesan seram kepada empat filem seram terpilih

Addley Bromeo Bianus (2011) Kemampuan 'bahasa filem' dalam memberi kesan seram kepada empat filem seram terpilih. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000196.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

'Bahasa filem' merupakan elemen-elemen teknikal yang diolah oleh pengarah bersama dengan tenaga produksi yang lain bagi membentuk cerita dan mood sesebuah filem. Di antara genre filem yang berlainan, filem seram bergantung kepada 'bahasa filem' yang bukan sahaja efektif tetapi dapat mencapai tahap keseraman yang diingini. Aplikasi 'bahasa filem' pada sesebuah filem boleh menentukan kejayaan filem itu kerana ia harus mampu menimbulkan perasaan seram dan takut kepada penonton. Kajian ini menumpu pada teknik 'bahasa filem' yang digunakan oleh pengarah dan tenaga produksi dan sebanyak empat buah filem seram telah dipilih iaitu Jangan pandang belakang (2007), Congkak (2008), Susuk (2008) dan Pontianak Harum Sundal Malam (2004). Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis kandungan terhadap empat buah filem seram terpilih bagi mengkaji 'bahasa filem' dalam memberi keseraman filem seram tersebut. Kajian ini mendapati 'bahasa filem' merupakan aspek yang penting dalam memberikan keseraman melalui teknik-teknik yang digunakan oleh pengarah. Penyelidikan ini diharapkan mampu menghuraikan teknik 'bahasa filem' yang digunapakai oleh pengarah dan tenaga produksi filem seram untuk menimbulkan sekaligus meningkatkan perasaan seram dan takut penonton. Penyelidikan ini juga bertujuan dijadikan rujukan bagi meningkatkan lagi kualiti filem-filem seram tempatan di masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Film Language, local horror film, feelings of horror and fear, Jangan Pandang Belakang, Congkak, Susuk, Pontianak Harum Sundal Malam
Subjects: T Technology > TR Photography
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jul 2013 14:40
Last Modified: 11 Oct 2017 15:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6609

Actions (login required)

View Item View Item