Pembangunan nugget rumpai laut hijau (Caulerpa Lentillifera) berempah

Voon, Siaw Wei (2007) Pembangunan nugget rumpai laut hijau (Caulerpa Lentillifera) berempah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001246.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Nugget merupakan makanan produk daging jenis emulsi terhasil dalam bentuk ketulan yang disalut untuk memperbaiki mutunya. Kajian dijalankan bagi menentukan formulasi terbaik bagi menghasilkan nugget rumpai laut berempah daripada rumpai laut hijau caulerpa lentillifera. Nugget rumpai laut berempah merupakan makanan ala vegetarian yang diperbuat daripada rumpai laut caulerpa lentilifera dan campuran ramuan seperti cerbisan roti, tepung gandum, tepung jagung, mentega, MSG, bahan rempahan seperti serbuk lada putih dan juga serbuk ketumbar. C Lentillifera merupakan rumpai laut hijau yang kaya dengan serabut dan bahan mineral. Sebanyak sembiIan formulasi yang telah dihasilkan. Ujian pemeringkatan dan Ujlan hedonik telah menunjukkan bahawa formulasi keempat yang mengandungi 20% puri rumpai laut, 45% cerbisan roti, 5% tepung gandum, 2% tepung jagung, 0.5% MSG, 1.0% serbuk lada putih dan serbuk ketumbar, dan 2.0% mentega merupakan formulasi terbaik. Analisis proksimat yang dijalankan menunjukkan bahawa nugget rumpai laut yang dihasilkan mempunyai nilai pemakanan karbohidrat 33.15 ± 0.00%, kandungan air 30.21 + 1.08%, kandungan abu 1.56 + 0.66 %, serabut kasar 3.51 ± 0.67%, protein sebanyak 14.79 + 1.20% dan lemak sebanyak 16.78 + 3.60%. Kajian mutu simpanan yang dijalankan terhadap nugget rumpai laut berempah pada suhu -18°C menunjukkan kualiti produk yang masih dalam keadaan baik sepanjang masa penyimpanan dua bulan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nugget, seaweed, Coulerpa lentillitera, spice, nutrient,
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Jul 2013 14:30
Last Modified: 23 Oct 2017 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6636

Actions (login required)

View Item View Item